Monday, July 6, 2009

Seribu kenangan terus tersimpan..


Assalamualaikum wbt.
Inilah wajah orang yang telah banyak berjasa buat keluargaku. Mok Su Yah namanya. Beliau begitu lama berkhidmat sebagai pembantu ibuku sewaktu aku dan adik-beradikku kecil dulu. Kini beliau telah meninggalkan kita semua. Kenangan sewaktu dia menjagaku ketika kecil2 dulu terus segar di ingatan.

Mengimbau kembali detik terakhir melihat wajahnya. Aku yang baru pulang dari rumah arwah Tok Ayah sangat terkejut apabila Pak Su Lim datang dan memberitahu berita sedih ini. Kami sekeluarga terus bsergegas ke rumahnya. Sebujur tubuh yang kaku kulihat di depan mataku. Sukar untuk kupercaya ini adalah diri Mok Su.

Baru sahaja pagi tadi dia datang ke rumahku. Ketika tu aku terlalu kalut kerana perlu cepat untuk ke rumah Tok Ayah. Tak sempat untukku berbual panjang dengannya. Dirinya kelihatan sihat dan ceria. Dan beberapa hari sebelum tu, aku ternampak dia di tangga di hadapan rumahku. Aku memanggilnya ke rumah kerana sudah lama tak berbual dengannya. Aku ajak mok su makan sekali dan dia menerimanya walaupun sudah makan katanya. Sudah lama kami tidak makan bersama.

Begitulah ajal maut.. Mengundang walaupun tanpa apa-apa tanda. Sama-samalah kita bermuhasabah diri agar sentiasa bersadia menghadapi sakaratul maut. Ya Allah! Masukkanlah roh beliau di kalangan org2 yang soleh. Amin.


Ikhlas daripada,
~Nor~
Continue Reading...

Perlunya Tarbiyah Islamiah Dalam Institusi Keluarga


Assalamualaikum…


Faktor genetik cukup mengesankan dalam menghadirkan seorang pejuang yang menoreh sejarah, malah disekalikan dengan faktor lingkungan persekitaran seseorang itu membesar. Ini merujuk kepada bagaimana Hassan Al Banna sendiri yang membesar dengan didikan agama dan kemuliaan ajaran sejak dari kecil lagi.

Tarbiah di dalam sesebuah keluarga itu amat penting kerana ia akan mencorakkan peribadi seseorang anak itu. Coretan sejarah silam juga menunjukkan bahawa betapa pentingnya tarbiah seharian dalam mencorak peribadi seseorang muslim. Contoh terbesar ialah Saidina Ali KWJ yang ditarbiah secara langsung oleh baginda Nabi SAW semenjak umur yang masih kecil. Saidina Ali merupakan sepupu dan anak angkat Nabi SAW yang mana Baginda Nabi mengacuankan peribadi Saidina Ali dengan hebat.

didiklah ahli keluargamu mengenal Allah

Begitu juga Usamah bin Zaid yang menjadi panglima perang pada zaman Khalifah Abu Bakar. Usamah merupakan anak kepada tokoh Islam iaitu Zaid bin Harithah(anak angkat Rasulullah SAW). Usamah dibesarkan dalam perhatian dan kasih sayang baginda Nabi SAW terutama selepas syahidnya ayah Usamah dalam perang Muktah. Rasulullah SAW sendiri yang mengasah potensi dan bakat yang ada pada Usamah bin Zaid. Buktin kehebatan Usamah dapat dilihat apabila beliau telah dilantik sebagai panglima perang dalam umur belasan tahun.

Selain itu, ada satu kisah yang berlaku pada zaman Saidina Umar menjadi khalifah yang menunjukkan kepada kita bahawa bagaimana peribadi seorang anak adalah cermin kepada peribadi ibu dan bapanya. Pada suatu hari, Saidina Umar telah meronda Madinah untuk melihat kehidupan rakyatnya. Ketika melalui sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di jalanan, semua kanak-kanak bertempiaran melarikan diri kerana aura tegas pada Amirul Mukminin melainkan seorang budak kecil.

Saidina Umar bertanya dalam keadaan berseloroh, ”Hai budak, mengapa kamu tidak lari sebagaimana kawan-kawan kamu yang lain?”. Maka budak itu menjawab, ”Mengapa aku nak lari, aku tidak berbuat apa-apa kesalahan.”. Tertarik dengan keberanian dan ketangkasan budak kecil itu, maka bertanya Saidina Umar dengan penuh teruja, ”Siapakah ibu dan bapa kamu?”. ”Ibuku Asma’ binti Abu Bakar dan bapaku Zuber Al Awwam” tukas budak kecil itu. “Patutlah kamu seorang yang hebat kerana kamu mempunyai ayah dan ibu yang hebat” ujar Saidina Umar. Anak kecil itu ialah Abdullah bin Zuber yang akhirnya membina nama besar dalam sejarah Islam.

Seorang ibu adalah Madrasah


Sedar atau pun tidak, hakikatnya seorang ibu adalah madrasah. Berjayanya ibu-ibu di Palestin melahirkan anak-anak yang memerangi senjata Israel dengan hanya seketul batu dan melahirkan anak-anak yang penuh dengan jiwa jihad.

Sebuah kisah di negeri berdarah, ungkapan kata seorang anak kepada ibunya:

"Wahai ibu, jangan dinantikan kepulanganku, kerana pergiku dengan satu matlamat ...supaya aku mati syahid..."

Sungguh gah hati seorang ibu, kerana melahirkan anak yang berjiwa pejuang. Ibu adalah madrasah para syuhada'.

Berkata seorang penyair:

" Seorang ibu adalah madrasah. Apabila engkau mendidiknya, bererti engkau sedang menyediakan satu generasi yang unggul.”

Satu generasi yang bakal dilahirkan oleh muslimah-muslimah yang sedang mentarbiyyah dan ditarbiyyah...iaitu satu generasi Rabbani. Tangan yang menghayun buaian, dapat menggegarkan dunia....

Allah berfirman:

"Wahai org-org yg beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yg bahan bakarnya adalah manusia dan batu;penjaganya malaikat-malaikat yg kasar, dan keras, yg tidak durhaka kpd Allah terhadap apa yg Dia perintahkn kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yg diperintahkan" (At-Tahrin:6)

www.iLuvislam.com
oleh: nur_ilahi87

Wallahu’alam
Continue Reading...

Thursday, July 2, 2009

Debat PAS-Umno, Nik Aziz mahu Najib

Continue Reading...

Tuesday, June 23, 2009

Tolak kerajaan perpaduan, keputusan kunci mati



PAS tamatkan kemelut isu kerajaan perpaduan

Continue Reading...

Sunday, June 21, 2009

Kerajaan Perpaduan:Perangkap Umno pada PAS-Nik Aziz

Continue Reading...

Monday, June 15, 2009

Kenangan terakhir..

Saat sakaratul maut.. Diajarkan kalimah syahadah..






Akhirnya.. Kembali ke rahmatullah tepat jam 10.17 malam. Wajah si mati sebelum disembahyangkan..






Kucupan terakhir..



Sebelum dikebumikan.. Di Tanah Perkuburan Kg. Patek, Kadok..










Semoga dirahmati Allah..InsyaAllah. Gambar ini buat tatapan semua terutama yang tidak berpeluang melihatnya buat kali terakhir.. yang jauh di mata.. Abe Ngah di Mesir dan Ya di Australia.. Wassalam
Continue Reading...

Saturday, June 13, 2009

Pemergian Tok Ayah..



Assalamualaikum wbt..

“Cepat2 la buat rumah, nanti tak sempat ayah nak tengok rumah,” kata Tok Ayah kepada Su Ah yang tengah merancang ingin membuat rumah..

“Temuramah lah semasa Tok Ayah ado ni..”kata Tok Ayah ketika kakakku,Nor, menemuramah Tok Ayah untuk mengambil sedikit biodata Tok Ayah untuk dimasukkan di dalam blog khas Haji Ismail family..

“Misalnya Tok Ayah x dok, kumpul la mcm ni lagi..”pesan tok ayah ketika hari raya taun lepas..menitis air mata Tok Ayah ketika tu..aku terkedu seketika, sedih dengan ungkapan yg dilepaskan dari bibir tok ayah..

Kata-kata itu masih terngiang2 lagi di telinga kami sekeluarga apabila teringat akan Tok Ayah..

Kini, suara tok ayah tidak lagi kedengaran.. Aku masih lagi teringat peristiwa yang bersejarah ku kira yang berlaku pada hari Khamis malam..Iaitu pada 11 Jun 2009, Tok Ayah telah menghembuskan nafasnya yg terakhir tepat jam 10.17 malam..Pemergiannya sukar untuk kami sekeluarga terima lantaran dialah ketua bagi kami sekeluarga..Sukar juga untuk kami percaya kerana begitu pantas masa berlalu..Namun, sikap redha kepada takdir dalam diri kami mengatasi segala-galanya..

“Cepat2, ayah su suruh pergi tempat tok ayah semua..tok ayah tengah nazak”,kata abang long ketika aku sedang asyik bersama adik2ku di dapur sebelum ketiadaan Tok Ayah..Aku bergegas ke ruang tamu melihat keadaan tok ayah..

Ketika Tok Ayah menghembuskan nafasnya yang terakhir, semua anak cucunya berada di hadapannya melihat pemergian Tok Ayah..Keadaaan suram menyelubungi kami semua..Tetapi, di setiap wajah ahli keluarga kulihat ketenangan sebaik sahaja melihat ketenangan di wajah Tok Ayah..

Kami mengucapkan syukur kerana roh tok ayah diangkat dengan selamat pada malam Jumaat..Kami sekeluarga redha dengan pemergiannya..Tok Ayah selalu doakan dia mati pada malam Jumaat..Tenyata Allah telah mengabulkan doanya..Satu lagi doa yang dipinta dimakbulkan iaitu Tok Ayah cakap ,”Ayah x se sakit lama2”, katanya takut menyusahkan anak cucu..Masa yang begitu singkat antara tempoh tok ayah sakit dan meninggal..Peristiwa yang terjadi pada hari Isnin lepas kembali hadir di ingatanku..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Selepas solat Asar, aku dan mak terus ke rumah tok ayah..Bukan kerana dia sakit, tetapi kerana aku ingin melawat tok ayah yang sudah menjadi rutin kami sekeluarga untuk berkunjung ke rumah tok ayah setiap minggu..Kebetulan, mak aku ingin memenuhi jemputan ke kenduri atas ajakan mok moh(tok sedara)..Sebelum ke tempat kenduri, mak aku meninggalkan aku di rumah tok ayah buat sementara..Semasa aku melangkah naik rumah Tok Ayah , ku lihat Tok Ayah berada di kerusi berehatnya dalam keadaan tak bermaya..namun, dia sedar akan kehadiranku..aku terus bersalaman dengannya dan bertanya khabarnya..katanya tak sihat..nenek aku cakap Tok Ayah demam sejak dua tiga hari ni..Pada masa tu, Tok Ayah dah tak larat untuk berbual panjang dan menyambung tidurnya untuk berehat..Pada jam 6.15 petang, kami dikejutkan apabila nenek aku kata Tok Ayah sakit2..aku terus menuju ke arah tok ayah melihat keadaannya..Keadaannya seolah-olah tidak sedarkan diri..Airmata yang mengalir tidak dapat dibendung lagi..Su Ah(mak sedara),dan Nor terus menelefon kepada mak dan pak sedara aku..dan saudara terdekat..Mak aku yang dalam perjalanan pulang dari tempat kenduri cepat2 memandu selepas mendengar berita ini..Semasa mak aku tiba, kami terus membawa Tok Ayah ke dalam kereta dengan bantuan jiran sebelah untuk dibawa ke hospital USM..Aku hanya tunggu di rumah Tok Ayah dan menunggu berita seterusnya berkaitan kesihatan Tok Ayah..

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Setelah berbincang sekeluarga, semua bersetuju Tok Ayah di’simpan’ sebaik sahaja selepas solat Jumaat..Keesokan harinya, ramai yang berkunjung ke rumah tok ayah, sama ada yang dekat atau dari jauh, saudara mara dan orang lain..kunjungan yang tidak henti2 sehingga membanjiri rumah Tok Ayah..

Mak aku cakap, ramai yang datang melawat memuji Tok Ayah..kata orang ,”Tok Aji Ismail ni, dari orang lahir sampailah orang meninggal, dia jaga..”

“Ayah ni bukan setakat Kampung Patek jah dia jaga, malah kampong lain pun dia jaga..”

Mana tidaknya, banyak kebajikan yang Tok Ayah buat, sehinggakan ketiadannya amat dirasai oleh masyarakat sekeliling..

Orang yang hadir menitiskan air mata apabila melihat wajah tok ayah..terukir senyuman di raut wajah Tok Ayah..ku tatap wajah Tok Ayah sepuas-puasnya kerana tidak mungkin selepas ini akan ku tatap wajah itu lagi..

Tok Ayah dimandikan dan dikafankan..Selepas dikafankan, anak cucu diberi peluang untuk mengucup Tok Ayah..berderu-deru anak cucu tok ayah mengucup tok ayah..pada masa tu, air mata kami sekeluarga menitis..aku terasa amat sedih ketika ku mengucup wajah tok ayah, rasa sejuk di wajah tok ayah..sayang untuk ku lepaskan..air mataku tidak henti-henti mengalir..bukan tidak redha, tapi sedih akan kehilangan Tok Ayah yang tak akan lagi ku jumpa orang sepertinya yang bergelar datuk kepadaku..Semua cucu Tok Ayah kecik dan besar, semua menitiskan air mata..malah, kunjungan ketika itu turut sedih menyaksikan semua itu..Semasa Tok Ayah diturunkan, di atas keranda, Ayah Sir melaungkan azan di muka pintu..Syahdu sekali suara ayah sir..Kedengaran Ayah Sir juga dalam keadaan menahan sebak di dadanya..

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Jenazah tok ayah dibawa ke masjid Kg Patek yang berdekatan dengan rumah tok ayah..Apa yang menyedihkan kami semasa dilaungkan azan, kedengaran suara orang lain yang melaungkan azan..Mana tidaknya, biasanya suara Tok Ayah lah yang kedengaran kerana Tok Ayah merupakan Bilal di Masjid berkenaan..suasana di masjid itu amatlah ramai..Aku dapat lihat sendiri semasa aku ingin menghantar nasi bersama Cik Yah, kulihat tidak cukup runag untuk solat jumaat..malah, dikhabarkan ahli masjid di Masjid Binjai turut hadir untuk solat jenazah untuk jenazah Tok Ayah yg akan dilaksanakan selepas solat Jumaat..begitu sekali penghormatan yang diberikan kepada Tok Ayah..sebaik sahaja selepas solat jumaat, jemaah masjid terus menunaikan solat jenazah kepada jenazah Tok Ayah..setelah itu, orang ramai mengiringi jenazah Tok Ayah ke tanah perkuburan yang berada berdekatan dengan rumah Tok Ayah..aku juga turut ke tanah perkuburan untuk melihat jenazah tok ayah dikebumikan..berduyun2 orang ramai sehinggakan aku tidak ada peluang untuk melihat tok ayah dikebumikan dari dekat..aku hanya melihat dari jauh..jenazah Tok Ayah selamat di’simpan’ pada petang itu..

Ku doakan Semoga roh tok ayah dicucuri rahmat oleh Allah dan mendapat tempat bersama para solihin..Allahummaghfirlahu warhamhu wa’afinuhu wa’fu’anhu..amin..

Lukisan pena,

Dah
Continue Reading...

Tuesday, June 9, 2009

Hari yang sukar..


Assalamualaikum semua..
Sejak dua tiga hari kebelakangan ini adalah hari yang sukar buat kami sekeluarga..
Ia bermula semasa waktu asar petang Isnin yang lalu ketika saya bersama ma dan 2 org adik, Dah dan Syir pergi ke umah tok ayah untuk 3 tujuan utama :
1) melawat tok ayah dan mek..
2) mama ingin menghadiri kenduri dgn mak mah..
3) menjemput 2 orang adik iaitu mc Rah and Fah yg berada di rumah tok ayah utk pulang..

Ketika sampai.. seperti biasa saya akan bertemu tok ayah utk bersalam dan bertanya khabar.. Tubuhnya kelihatan lemah dan tak bermaya sekali namun, tidak terfikir pun akan berlaku perkara yg serius kerana sejak akhir2 ini dia pernah mengatakan yg badannya agak kurang sihat. Mama terus ke tempat kenduri dgn mak mah krn hari sudah lewat.. Saya duduk atas rumah smbil melayan kerenah anak2 Su ah yg memang menjd rutin apbl aku ke umah tok ayah.

Aku nyata sejak awal lagi rs pelik bila mek(nenek) kacau air teh untuk tok ayah. Jarang sekali aku lihat tok ayah minum minuman manis krn biasanya dia lebih gemar minum air suam.. Tapi ia berlalu gitu aje.. Cucu2nya yg kecil turut minum bersama dgn nenek dan datuk mereka. Minum ptg itu makin rancak apbila aku kacau lagi seteko air teh krn yg td tak mencukupi.. Tanpa kami sedari akn perubahan yg berlaku pd tok ayah yang agak senyap dan kurang bercakap sejak dari tadi lagi. Kerana biasanya jika bersama cucu2nya, mulutnya tdk lekang dgn gurau senda yg menghiburkan kami semua. Tapi hanya seorang yg merasakan perubahan pada tok ayah sejak awal lagi iaitu mek.. Dia mula mengurut dan bercakap-cakap dengan tok ayah tapi tiada respon.

Aku yang kebetulan keluar ke ruang tamu agak terkejut apabila melihat mek di samping tok ayah yang kelihatan kelakuannya agak pelik. Dia seolah-olah ingin bangun daripada kerusi tempat dia berehat tetapi tidak mampu untuk bangun. Sebarang pertanyaan tiada respon dan dia hanya senyap. Aku terkejut dan terus menuju ke dapur untuk mengambil air bagi membasahkan badan tok ayah yang kelihatan sedikit berpeluh. Ya Allah! hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kami sangat risaukan keadaan yg tdk pernah dialaminya itu. Aku dan mek membasahkan tubuh badannya dan memintanya untuk mengucap kalimah syahadah. Namun, tiada respon diberikan bahkan dia tidak melihat pun wajah kami. Ya Allah! Adakah dirinya sudah terhijab dari kami? Adakah dia langsung tdk menyedari kehadiran kami??

Kak Som(jiran) sekeluarga datang dan anak2nya turut membantu. Tak lama lps tu mama pulang dan bergegas menuju ke Tok Ayah dan mengajar-ajarkan kalimah syahadah. Kali ni langsung tiada respon.. Matanya terpejam dan seolah-olah seperti seorang yg nyenyak tidur. Mek kesedihan.. Su Ah mengurut-urut.. Aku menghubungi sanak-saudara utk segera dtg krn tok ayah sakit tenat. Tak lama lps tu, kami bersepakat menghantarnya ke hospital. Tok Ayah tak mampu lagi untuk membuka mata apatah lagi menggerakkan badannya. kami terpaksa mengangkatnya bersama-sama kerusi rehatnya menuju ke kereta.

Ayah Sir yg baru pulang dari kenduri berlari ke tok ayah. Dia memangku tok ayah dalam kereta di bhg belakang. Mama drive kereta dan mak mah di sebelah. Sampai di HUSM, tok ayah dimasukkan ke wad kecemasan. Kemudian ke wad. Doktor kata kemungkinan angin ahmar telah serang otaknya. Oh, patutlah dia langsung tak beri respon mgkin otaknya langsung tak dapat menafsirkan maklumat2 yang disampaikan oleh reseptor2 pancainderanya. MasyaAllah.. kami hanya mampu mengangkat tangan berdoa agar Allah mempermudahkan segala urusan. Mudah-mudahan Allah memberikan yang terbaik untuk kami semua.

Hari ini adalah hari ketiga tok ayah di HUSM. Aku dgr ada perkembangan positif namun, dia masih tak bercakap tapi sudah ada sedikit respon. Sepanjang beliau di wad, kunjungan saudara-mara dan kenalannya tdk putus2. Kuberdoa semoga Allah memanjangkan usianya dan memberi kesejahteraan buatnya di dunia dan akhirat. Amin.

Teringat pula akan firman Allah yang bermaksud :
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
Al-Baqarah : Ayat 286

~sesungguhnya Allah menguji seseorang sesuai dgn kemampuannya~

Tulisan ikhlas dari NOR.
Continue Reading...

Friday, June 5, 2009

friendship of cat and parrot -Harunyahya.com





Continue Reading...

Thursday, June 4, 2009

MENGENALI HJ ISMAIL BIN IBRAHIM


Nama : Hj Ismail Bin Ibrahim Bin Mamat
Nama Ibu : Mekwo Binti Meksa
Nama Bapa : Ibrahim Bin Mamat
Tahun Kelahiran : 1939
Tempat Lahir : Kampung Patek, Kota Bharu, Kelantan
Adik beradik:
~Abdullah Bin Ibrahim (seibu sebapa)
~Hasmah Binti Jaafar (seibu)
~Hanafi Bin jaafar (seibu)
Pendidikan formal :
~Darjah 1 hingga darjah 5 di Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat, Kadok
( Terpaksa menamatkan sesi persekolahan kerana kesempitan hidup)
Pendidikan tidak formal :
~Pondok Padang Lepai
~Pondok Kg But
~Pondok Belukar
~Babul Umrah, masjid Mekah
Pernah berguru dengan tokoh agama seperti :
~ Abdul Karim Banjar ( Dalam Babul Umrah, masjid Mekah)
~ Hj Mohd Noor (Pondok Kg But)
~ Hj Abdul Rahman Bin Sulung (Pondok Belukar)
~ Hj Ismail (Pondok Padang Lepai)
Pekerjaan:
~ Bilal di surau dan Masjid Kg Patek ( Bermula 1950 sehingga Jun 2009)
Nama Isteri : Hjh Sapiah Binti Jusoh
Anak-anak:
1) Muhammad bin Ismail (1959)
2) Fauziah binti Ismail (1962)
3) Norsilah binti Ismail (1966)
4) Md Noruldin bin Ismail (1968)
5) Abdul Nasir bin Ismail
6) Norliza binti Ismail ( Meninggal ketika berusia 12 hari)
7) Nasihah binti Ismail
Meninggal dunia : jam10.17 malam, 11 Jun 2009.
Continue Reading...
 

Hj Ismail family Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template