Monday, December 7, 2009

Tahniah cemerlang UPSR

Assalamualaikum wbt.

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan tahniah buat dua orang cucu Haji Ismail yang berjaya dalam UPSR baru-baru ni. Tahniah buat Faris(Ayeh) dan Ikhwan Hanif (Mat) di atas kecemerlangan masing-masing. Mudah-mudahan kecemerlangan ini dikekalkan serta terus berusaha dalam pelajaran masing-masing pada masa akan datang. InshaAllah.


~Tahniah buat Ayeh yang berjaya mendapat 5A~


~Tahniah juga buat Mat yang berjaya mendapat 4A~
............................................................

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat berjaya buat Muhammad Izzuddin Bin Mohd Amin, pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang sedang menghadapi SPM. Lakukanlah yang terbaik dan semoga anda akan turut sama menyumbangkan kejayaan untuk Islam kelak. Amin. Doa kami sentiasa mengiringimu.

chaiyok!!! chayok!! Din..
Buat molek deh..

Continue Reading...

Wacana Perdana di KTC

Assalamualaikum wbt.
Jemput ramai2 bagi sesiapa yang free pada 12 Disember 2009 untuk ke satu wacana ilmiah di Kota Bharu. Mudah-mudahan bermanfaat untuk menambah pengetahuan kita semua.
Continue Reading...

Tuesday, December 1, 2009

HARI RAYA IDUL ADHA 2009

Assalamualaikum wbt..

Pada 27 November 2009, bersamaan 10 Zulhijjah 1431H, seluruh muslimin dan muslimat serata dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha. Begitu juga dengan keluarga Haji Ismail, Hari Raya disambut seperti biasa di rumah Allahyarham Haji Ismail. Majlis dimeriahkan dengan kepulangan anak cucu Haji Ismail yang berada di dalam atau di luar negeri Kelantan. Namun, raya kali ini kurang meriah berbanding pada tahun2 sebelumnya kerana ketiadaan Tok Ayah. Ketiadaannya masih lagi kami rasai. Tambahan pula, Pak Long dan Mak Long juga tiada kerana ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Ayah Sir dan keluarga pula menunaikan ibadah korban di kampung halaman Cik Yah di Tanah Merah. Jadi, di sini kami berbesar hati untuk meng'upload' beberapa foto untuk tatapan anak cucu Tok Ayah yang tidak berkesempatan untuk menyambut Hari Raya bersama-sama terutamanya kepada Abang Ngah yang sedang belajar di perantauan.


Lembu yang menjadi mangsa korban..(hehe)
"aku sedia dikorbankan kerana Allah.."

Para petugas...

Kanak2 yang setia menonton..(Peace!)

Sedang menyiat kulit lembu..

Proses2 penyembelihan dilakukan..

Kanak2 yang turut memeriahkan lagi..

Pak Cik dan Abe E

Berhari Raya di rumah Mama..pada hari raya kedua..

"Walaupun ketiadaan ibu ayah di sisi, saya tetap ceria..raya tetap raya!"


Izzah didampingi sepupu2nya..
Continue Reading...

Wednesday, November 4, 2009

::.Selamat Menjalani Ibadah Haji.::



Assalamualaikum wbt..

Pada tahun ni, Pak Long dan Mak Long berpeluang untuk menjalani kewajipan seorang muslim dengan mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Mereka telah pun bertolak semalam. Sama-samalah kita doakan keselamatan mereka dan mendapat haji yang mabrur, Amin. Semoga senantiasa di bawah rahmat Allah Ta'ala.

Pape pon, Selamat Menjalani Ibadah Haji..





Continue Reading...

::.Salam Imtihan.::

Assalamualaikum wbt..

Kepada anak cucu Haji Ismail yang sedang atau akan menghadapi peperiksaan, selamat berjaya diucapkan. Semoga kalian meraih kejayaan dengan cemerlang. Sama-sama kita doakan.

Bittaufiq wannajah!!



..TIPS EXAM DI SAAT2 AKHIR..

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Rabbi Yassir Wala Tuassir,Good Luck!
Continue Reading...

Sunday, October 18, 2009

Tahniah!!


Assalamualaikum wbt kepada semua warga Haji Ismail..

Alahmdulillah, pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, keluarga Mama telah ke Pulau Wan Man, Terengganu bagi menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Islam Sains dan Teknologi bagi meraikan Ahmad Syahin Bin Mohd Amin.

Sekalung TAHNIAH
diucapkan kepada In kerana telah menyempurnakan pengajiannya dalam bidang Pengajian Syariah di peringkat diploma..

Berikut merupakan gambar kenangan ketika kami di sana..




Yang diraikan..

Continue Reading...

Tuesday, October 6, 2009

JOM JOIN laman forum Haji Ismail Family..



Assalamualaikum semua..
Kami di pihak admin amat berbesar hati kerana telah wujudnya satu laman forum khas untuk family kita.. Tapi orang luar pun boleh join jugak. Kami harap anda semua dapat mengimarahkan forum tersebut di samping membincangkan isu-isu menarik dan berfaedah. Ok..
Kalau nak masuk, boleh klik kat sebelah tepi ni atau terus ke http://hjismailfamily.nice-forum.net/index.htm. Kehadiran anda amat dialu-alukan. Terima kasih.
Continue Reading...

GOOD LUCK FOR FIK!


Selamat Menghadapi PMR buat adik Fikri yang menuntut di Maahad Tahfiz Sains, Bustanul Arifin, Tumpat.. Kami seluruh keluarga mengucapkan bittaufiq wannajah fi hazal imtihan. InshaAllah. Semoga berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.
Continue Reading...

Saturday, October 3, 2009

Sehari bersama kak kartika..











nk berkongsi..
Semalam, 3 September 2009 nor telah berkesempatan pergi bertemu Kak Kartika di Perak sebagai photographer bersama pimpinan mahasiswa UM. Jelas terpancar cahaya keinsafan di wajahnya. Semoga Allah mengampuninya.

p/s: Tak banyak gambar nor.. Sbb nor yg amik gambar.
Continue Reading...

Friday, September 25, 2009

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA KELUARGA HJ ISMAIL 2009


Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah..Pada hari raya ke-4 (23/09/09) baru-baru ini, telah berlangsung Majlis Hari Raya Keluarga Hj Ismail dengan jayanya..

Majlis bermula sekitar jam 9.30 pagi. Berikut merupakan perjalanan majlis..


Majlis telah dipengerusikan oleh al-Fadhil al-Ustaz Ahmad Zakir..
Majlis dimulakan dengan bacaan al-Quran, dan juga bacaan doa..


Kemudian, kami menjamu selera dengan menikmati beberapa hidangan..
wah..semua berebut2 nasi tomato masakan su ah dan cik la..


Antara hidangan yang tersedia..best!

Majlis diteruskan dengan tayangan biografi Tok Ayah,
kemudian ucapan dari Ayah Sir, Pak Long, Kak Long, dan Mek..
Kemudian, tayangan video interaktif yang disediakan oleh Nor..sungguh menarik!
Then, ada persembahan khas dari Su Ah kito..

Cucu2 beratur panjang untuk mendapatkan duit raya dari pak2 sedara..


Majlis diakhiri dengan sesi fotografi..

Mudah-mudahan Raya tahun dpn lebih meriah lagi.. InshaAllah!

Continue Reading...

IDUL ADHA 2008 & BESDAY IZDIHAR

Continue Reading...

GAMBAR CUCU2 HAJI ISMAIL

Continue Reading...

Thursday, September 17, 2009

::.SALAM AIDILFITRI.::




Assalamualaikum wbt..

Di kesempatan kali ini, pihak admin BLOG HAJI ISMAIL FAMILY ingin mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, maaf zahir dan batin, kepada semua pengunjung blog ini khususnya kepada ahli keluarga Haji Ismail..
~ Hjh Sapiah
~ Keluarga Pak Long
~ Keluarga Mama
~ Keluarga Cik La
~ Keluarga Ayah Din
~ Keluarga Ayah Sir
~ Keluarga Su Ah

"Pemergian Ramadhan Ditangisi, Kedatangan Syawal Disambut Penuh Kesyukuran.."

Kepada cucu-cucu Haji Ismail, yang berada di luar negeri Kelantan, selamat balik kampung dan berhati-hati di jalan raya..=)Kepulangan kalian amat dialu-alukan oleh kami..



++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI FAMILY HAJI ISMAIL 2009 M/1430 H

::.TENTATIF PROGRAM.::

HARI RAYA PERTAMA

Hari : Ahad
Tarikh : 20 September 2009

10.00 am : Ziarah Kubur
11.00 am : Jejak Waris ; Pak Cik Ain, Mak Mah, Wak Li, Mak Cik Semah, Mak Su Joh
2.00 pm : Dijangka Habis

HARI RAYA KEEMPAT

Hari : Rabu
Tarikh : 23 September 2009

8.00 am : Berkumpul
9.00 am : Majlis Bermula
9.00 am : Bacaan Doa
9.15 am : Bacaan al-Quran dan Terjemahan
9.25 am : Tayangan Biografi Tok Ayah
9.35 am : Ucapan Pengarah Program (Ayah Sir)
9.45 am : Ucapan Wakil Cucu (Kak Long)
9.55 am : Ucapan Ketua Keluarga (Pak Long)
10.05 am : Ucapan Mek
10.15 am : Persembahan Multimedia
10.25 am : persembahan Kanak-kanak
10.40 am : Pembahagian Duit Raya dan Bersalaman
11.10 am : Bacaan Asmaul Husna
11.20 am : Majlis Bersurai dan Sesi Pergambaran

Continue Reading...

Saturday, September 12, 2009



Salam Ramadhan kareem buat semua..
Di sini hanya satu peringatan buat seluruh warga Haji Ismail Family..
Kita telah memasuki 10 hari terakhir Ramadhan..
Justeru, sama-samalah kita memperbanyakkan amalan kita kerana pada 10 terakhir itulah adanya satu malam yang sangat istimewa iaitu Lailatul qadr.
Ingatilah firman Allah yang bermaksud:
" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam lailatulqadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. pada malam itu, turunlah malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku). sejahteralah malam(yang berkat) itu hingga terbit fajar."
(Al-Qadar:1-5)

Janganlah kita sia-siakan bonus yang telah Allah tawarkan ini..
Allah berjanji akan memberi pahala 1000 bulan kepada mereka yang beramal pada malam tersebut. Sama-samalah kita menambahkan amal ibadat kepadaNya..InshaAllah!

Selamat beramal ibadat!!
wassalam.

Continue Reading...

Monday, September 7, 2009

Kenangan Bersamamu Masih Bersemadi

Gambar yang diambil semasa Hari Raya lepas..Tok Ayah sedang membahagikan duit raya kepada cucu-cucunya..

Jikalau sebelum ni kita menyambut Ramadhan bersama Tok Ayah, tahun ni dia tiada lagi di sisi kita..Jikalau sebelum ni kita berbuka puasa bersama Tok Ayah bersama2, tahun ni tiada lagi raut wajahnya di depan kita..Jikalau raya sebelum ni kita dapat merasa urat tangannya semasa mencium tangannya, kini semua itu tidak mungkin lagi dapat kita rasakan..

Begitu cepat masa berlalu..masa begitu cepat meninggalkan kita..meninggalkan seribu kenangan yang masih terpalit di minda kita..Mengingatkan kembali kata2 Tok Ayah pada hari raya aidilfitri tahun lepas..
"Tok Ayah pun x panje maso..klu sekiranya Tok Ayah x dok, pakat2 doalah ko Tok Ayah.."
Begitu tersentuh di hati..seakan2 dia tahu itulah hari raya terakhirnya bersama anak cucunya..Tok Ayah begitu sebak, seakan-akan tahu dia akan pergi buat selama-lamanya..
Namun, sebenarnya dia masih ada di hati kita..terasa bagai semalam kami kehilangannya..
kenangan bersamanya tetap bersemadi di hati..

Bila dengar lagu nie, sayu rasanya di hati..teringat kembali saat-saat berhari raya bersama Tok Ayah..SEKUNTUM KEMBOJA YANG GUGUR..

Biar luput dari pandangan
Tidak pupus di dalam ingatan
Kehilangan sebutir bintang
Di persada seni menjadi kenangan
Terlukis senyuman manismu
Tergambar senda gurauanmu
Tuhan lebih menyayangimu
Menjemputmu pergi terlebih dahulu
Bersemadi jasadmu yang kaku
Diiringi gerimis yg sendu
Air mata tak terbendung lagi
Menangisi perpisahan ini
Di pagi hari yang mulia
Dikunjungi teman dan saudara
Bersama harapan dan doa
Moga berbahgia di negeri yang baqa'
Sekuntum kemboja yang gugur
Menemani dikau di pusara
Biar detik dan musim berlalu
Hingga kini tiada pengganti

Oh Tuhan! Cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkanlah dia di sisi hambaMu yang bertaqwa, tempat yang Kau janjikan nikmat untuk hamba-hambaMu..

Walaupun Hari Raya kita pada tahun ini tanpa Tok Ayah di sisi, diharapkan semoga semuanya berjalan lancar..

~nur Su'aidah Mohd Amin~
Continue Reading...

Tuesday, September 1, 2009

PENGUMUMAN..


Assalamualaikum wbt..
Sebagai pemberitahuan awal kepada ahli keluarga Haji Ismail, pada tahun ini kita akan mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2009 M/1430 H..Majlis akan bertempat di Kediaman Allahyarham Haji Ismail / Hjh Sapiah di Kampung Patek,Kadok..Masa akan ditentukan kemudian..

Berikut merupakan ahli jawatankuasa yang terlibat secara langsung bagi menjayakan majlis berkenaan :-

Pengarah :
Ayah Sir

AJK Multimedia / Dokumentasi :
Nor

AJK Makanan :
Mama

AJK Cenderamata / Hadiah :
Su Ah

AJK Persediaan Tempat :
Cik La

AJK Publisiti / Jemputan :
Dah

Pengerusi Majlis :
Kir

Kepada ahli jawatankuasa yang tersenarai di atas, diharapkan dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya..Pihak penganjur mengharapkan kerjasama dan komitmen yang baik dari seluruh ahli keluarga Haji Ismail yang akan terlibat secara langsung atau tidak langsung..Tentatif majlis akan disiarkan di 'posting' seterusnya..Diharapkan semoga Majlis Hari Raya kali ini akan berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan dari Allah swt..Amin..

Disediakan oleh,

AJK Publisiti Majlis Sambutan Hari Raya..

Continue Reading...

Monday, August 31, 2009

Merdeka Bukan Hanya Sekadar Laungan

Alhamdulillah Allah Swt kurniakan kepada kita kemerdekaan yang ke-52 yang kita telah sambut pada tahun ini. Inilah nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada kita. Dalam kondisi kemerdekaan yang dirayai pada bulan Ramadhan ini juga merupakan peluang yang besar untuk kita memohon kepada Allah swt agar memberikan kepada kita kekuatan untuk terus-menerus berada dalam kemerdekaan.

Sebagai ummat Islam yang dikurniakan kemerdekaan ini perlulah bersyukur dengan sebanyak mungkin, berapa banyak kita lihat huru-hara yang terjadi sejak kebelakangan ini. Banyak nagara ummat Islam masih lagi dijajah oleh musuh- musuh Islam, serangan demi serangan yang berlaku. Kebelakangan ini dengan isu perniaagaan organ badan para syuhada Palestin, pergolakan dan pembunuhan yang berlaku di Selatan Thai, penindasan terhadap penduduk menoriti Islam di Xijiang baru-baru ini merupakan iktibar kepada kita yang berada dalam keadaan aman.

Asal perkataan merdeka ialah Merdeheka iaitu bebas daripada penjajah, kurungan, naungan dan lain-lain. Tetapi untuk merapatkan kita dengan Islam, saya petik apa yang disebut oleh Rib’i bin Amir, ketika dia berdiri di hadapan singgahsana Parsi dia menyebut :

“Allah telah mendatangkan kami, untuk mengeluarkan sesiapa yang Dia kehendaki, dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada TUHAN Manusia, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam,”

Pada saya inilah ta'rif yang paling tepat mengenai kemerdekaan untuk kita sebagai muslim. Saya rasa sekiranya kita memahami erti kemerdekaan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Radi' Bin Amir dan mengaplikasikan dalam kehidupan kita tentu kita tidak di hinggap oleh unsur-unsur yang negatif yang merosakkan kita, menyesatkan kita, menyekat kebebasan kita dan sebagainya.

Kemerdekaan bukan sekadar dapat memerintah sahaja, sebagaimana yang difahami oleh sesetengah pihak bahkan ia lebih umum iaitu mengabdikan keseluruhan aktiviti hidupan hanya kepada Allah Swt. Contoh pelopor kemerdekaan yang sebenar bukanlah Tunku Abd Rahman yang di gelar bapa kemerdekaan, Bukan Jose Protasio Rizal di Filipina, bukan Sukarno di Indonesia , bukan Mahatma Ghandi di India.

Ini kerana kemerdekaan yang dibawa oleh mereka kepada masyarakat hanya dari sudut-sudut tertentu sahaja. Pelopor sebenar kemerdekaan secara menyeluruh ialah Nabi Muhammad Saw yang memperjuangkan kemerdekaan bagi manusia, tidak terhad kepada bangsanya sahaja malah meliputi semua bangsa lain. Beliau juga telah mewujudkan masyarakat yang benar-benar merdeka dari semua sudut .

Pada mulanya beliau pernah ditawarkan dengan keamanan oleh Tan Sri Abu Jahal dengan tawaran tertentu, untuk memberikan kemerdekaan kepada Nabi, tetapi Nabi Saw menolak. Nabi Saw mempunyai prinsip wahyu yang tersendiri untuk memerdekakan ummat dari aspek material dan spiritual sebagaimana yang dikehendaki oleh agama.

Oleh itu kemerdekaan perlulah dengan kedua-dua aspek tadi. Sekiranya merdeka hanya dari sudut material, akan runtuh hancur apabila ditelan zaman, apabila digabungkan dengan dua unsur ini InsyAllah kemerdekaan akan terus kita kecapi. Inilah kemerdekaan yang sebenar yang dituntut oleh Islam dan yang boleh dikatakan sebagai merdeka.

Kemerdekaan dalam Islam ialah meletakkan agama di tempat yang tertinggi mengatasi sebarang agama dan ideologi yang lain selain daripada Islam. Allah berfirman bermaksud :

Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci
( Surah Al-Saff ayat : 9 )

Ini diperkukuhkan dengan sabda Rasululllah Saw :

Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
( Riwayat Baihaqi ) no. 11935 .

Inilah yang disebut sebagai merdeka. Kalaulah hanya merdeka dengan menukar pemerintah dan tidak menukar ideologi seperti memakai sistem pemerintahan sekular, nasionalis, mengguna konsep demokrasi sebulat-bulatnya ia belum merdeka lagi. Ini kerana merdeka ialah merdeka keseluruhan sistem hidup dengan jalan yang Allah redha. kalau sekadar menukar mat salleh dengan melayu dengan dasar yang sama tidak ada apa-apa perbezaan pun. Bahkan boleh dikatakan sebagai '' Penjajah kulit hitam tetapi berotak putih ".

Apakah penjajahan yang paling besar??

Penjajahan yang paling besar ialah penjajahan akidah dan minda. Negara kita sudah kali ke-52 merdeka, namun anasir-anasir penjajahan masih pekat di dalam masyarakat. Agama rasmi negara kita ialah Islam, tapi kita tidak memperaktikkannya dalam perundangan secara menyeluruh.

Kita masih mengambil produk-produk barat, menggunakan sistem ekonomi barat, menggunakan sistem riba, mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Masih ada unsur perpecahan dan sebagainya .

Kenapa terjadi sebegini?? ini kerana kita dijajah dari dalam, iaitu dari minda yang menyebabkan menteliti kita berubah. Sekiranya penjajahan berlaku dari luaran ramai yang mempunyai mata dapat melihat. Tetapi disebabkan penjajahan yang dilakukan dari dalam ini lah hanya mereka yang mempunayi ilmu dan kesedaran sahaja yang mampu untuk menentangnya.

Ungkapan medeka!! merdeka !! saya merdeka ' tapi pakainya pakaian penjajah, hidupnya hidup penjajah. Dan sememangnya penjajah itu masih ada dan terus berjalan dalam kehidupan kita, keluarga kita dan masyarakat kita.

Agenda Rasulullah membawa Islam sampai dihalau, dihalang, disekat, dikecam dan sebagainya, ialah bertujuan untuk membebaskan masyarakat yang jahiliyyah yang memperhambakan diri kepada selain Allah, pada masa yang sama Nabi kita ialah orang Arab dan penjajahan pun dilakukan oleh orang Arab. Jahiliyyah yang ditakrifkan oleh para ulama iaitu " masyarakat yang telah hilang dari mereka kemanusian manusia " dan mereka inilah yang saling bertukar ganti zaman ke zaman.

Jelasla penjajahan yang paling besar ialah penjajahan ideologi. Oleh demikian sekiranya takbir kemerdekaan telah lama kita laungkan, nyayian kemerdekaan telah lama kita hafal dan bendera Malaysia telah lama kita kibar. Satu perkara lagi yang perlu kita buat ialah, sebagaimana datuk nenek kita telah menghalau penjajah British, Jepun, Belanda, Bintang tiga, portugis dan lainya, kita perlu mengambil semangat ini untuk kita terus menyambung tradisi datuk nenek kita menentang semua sekali penjajahan yang masih berlaku bahkan lebih teruk pada hari ini.

Penulis: Ahmad Syahin Mohd Amin

Continue Reading...

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan bulan istimewa

Assalamualaikum wbt.

Kini Ramadhan menjelma lagi. Seluruh umat Islam dengan keazaman dan semangat yang baru terus berlumba-lumba dalam mengerjakan amal ibadah yang sememangnya dijanjikan pahala yang berlipat ganda. Apabila memasuki sahaja bulan yang mulia ini, sebagaimana kata Zakir, kita seolah-olah berada di dalam sebuah gedung membeli-belah yang menjanjikan pelbagai jualan murah dan potongan harga yang pasti memikat hati sesiapa sahaja. Begitulah madrasah Ramadhan, kita semestinya akan terpikat dengan pelbagai macam agenda dan anugerah yang telah dijanjikan Allah berlipat ganda nilaiannya kepada kita yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain.

Contoh yang paling jelas adalah hanya pada bulan inilah adanya malam Lailatulqadar.Lailatulqadar adalah satu malam yang luar biasa. Allah berfirman yang bermaksud:

" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam lailatulqadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunlah malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar."(al-Qadar ayat 1-5)

Allah telah menurunkan al-Quran sepenuhnya dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia pada malam Lailatulqadar sebelum diturunkan kepada Nabi secara berperingkat-peringkat. Malam al-Qadar adalah malam yang sangat istimewa yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Kelebihannya adalah beribadah pada malam ini adalah lebih baik daripada beribadah selama seribu bulan. Firman Allah yang bermaksud: "Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan"(Surah al-Qadar, ayt 3).

Imam At-Tabari dalam Tafsir at-Tabari berkata, "Pendapat yang paling tepat ialah pendapat yang mengatakan ‘lebih baik dari seribu bulan' bermaksud ‘beramal pada malam al-Qadar sama pahalanya dengan beramal dalam seribu bulan yang tiada dalamnya malam al-Qadar (iaitu beramal dalam bulan-bulan selain Ramadan)'."

Justeru, sewajarnyalah kita sebagai umat Islam mengejar anugerah yang bernilai ini yang datang daripada Tuhan Pencipta kita. Sesungguhnya inilah anugerah yang sangat istimewa daripada Tuhan kepada hamba-hambanya. Cuba bayangkan, siapakah yang sanggup memberi bonus 83 tahun kepada pekerjanya yang bekerja hanya pada satu malam? Sudah tentu tiada. Namun Allah sanggup memberi pahala 1000 bulan kepada mereka yang beramal pada satu malam iaitu malam al-Qadar. 1000 bulan menyamai 83 tahun. Anugerah Allah ialah ganjaran pahala dan kemuncaknya syurga atau jannah dan ia merupakan anugerah yang kekal abadi.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud: "Aku (Allah) telah sediakan bagi hamba-Ku yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah dirasai oleh hati manusia." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam melakukan amal ibadah pula, kita perlulah melaksanakannya dengan betul dan hati yang ikhlas secara bersungguh-sungguh. Janganlah disebabkan terlalu bersemangat untuk beramal ibadah maka, kita sangat mudah untuk menerima segala hadis-hadis palsu tentang fadhilat bulan Ramadhan yang tersebar luas dalam masyarakat kita. Belajarlah untuk meneliti dan mengkaji sesuatu sebelum menerimanya untuk diamalkan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping melakukan kebaikan baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita." (Surah Baqarah ayat 112)

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata dalam Tafsirul Quranil Azim, "(Ayat ini) menjelaskan, Allah hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria, pertamanya ikhlas dan keduanya muhsin. Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut (syariat), ia tidak diterima (oleh Allah)."

Begitulah Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keistimewaan yang tersendiri selain daripada berpuasa pada siang harinya. Sesungguhnya matlamat puasa itu sendiri adalah untuk membina takwa. Untuk tujuan itu puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh takwa, malah lebih dari itu dia juga akan memperoleh segala kebaikan yang lain.

Mudah-mudahan kita semua akan mengejar pahala yang melimpah ruah di bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa buat seluruh muslimin dan muslimat terutamanya warga Haji Ismail family sekalian. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan berjaya menyuntik semangat yang tinggi dalam diri kita untuk memperbanyakkan amal ibadat dan kebajikan dan semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah.

Sumber: Artikel Dr Danial Zainal Abidin

Continue Reading...

Sunday, August 23, 2009

Ahlan ya Ramadhan..


Selamat Berpuasa buat seluruh muslimin muslimat terutamanya seluruh warga Haji Ismail Family..
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan berjaya meniup semangat dalam diri kita semua untuk terus berlumba-lumba dalam mengejar pahala yang telah dijanjikan berlipat ganda nilaiannya.
Sama-samalah kita memperbanyakkan amal soleh serta melakukan kebajikan di bulan yang mulia ini dan semoga ia akan berterusan hingga ke akhir hayat kita.
Wassalam.
Continue Reading...

Thursday, August 13, 2009

Kehilangan Ustaz Asri..




Assalamualaikum Wbt.
Pada Khamis 13 Ogos 2009 lalu, kita telah kehilangan seorang penggiat seni berunsur dakwah iaitu Ustaz asri Ibrahim, ketua kumpulan nasyid Rabani yang dikatakan rebah sewaktu sidang akhbar Rancangan Syuhada di Angkasapuri RTM dan kemudian dibawa ke Pantai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau begitu berjasa dalam sumbangan dakwah melalui kesenian di negara kita.
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh beliau.
Sama-samalah kita doakan kesejahteraannya agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin..

~Begitulah ajal yang menjemput tanpa mengira usia..Renungkanlah~
Continue Reading...

Monday, August 10, 2009

Satu Perkongsian..


Bismillahirrohmanirrohim..
Hidup ini ibarat roda. Sekejap di atas, di bawah dan di atas semula.
Setiap manusia mencari erti makna hidup yang sebenar. Ada yang mengejar kejayaan, kekayaan, harta dan pangkat tanpa mereka sedar atas tujuan apakah mereka ingin menggapai itu semua??

Saya teringat akan pengalaman seorang pengasas ESQ 165, Ary Ginanjar Agustian ada mengatakan bahawa sewaktu di bangku sekolah beliau adalah pelajar yang cemerlang namun, seringkali timbul satu persoalan yang menyerabutkan fikirannya iaitu untuk tujuan apakah beliau hidup dan belajar?? Kenapakah beliau mengaji Al-Quran?? Semua terus bermain di fikirannya. Perkara tersebut berlarutan hinggalah beliau menjadi seorang businessman yang berjaya. Namun, persoalan tersebut tetap tidak dapat dirungkai. Sehinggalah beliau cuba memikir..memerhati dan mengkaji hingga terhasillah formula yang berjaya menyuntik semangat ribuan manusia ini iaitu ESQ 165 yang menggabungkan kesemua asas pucuk pangkal agama Islam itu sendiri iaitu ihsan, iman dan Islam.. Ketenangan ditemui dan kehidupan lebih tersusun menuju matlamat yang satu.. iaitu menggapai redha ILLahi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam kehidupan sudah tentu setiap insan mengharapkan kejayaan demi kejayaan. Namun, mereka tidak mengetahui akan potensi diri mereka yang sebenar. Dalam satu slot motivasi bersama Anas Zubedy(motivator termahal pernah saya temui, bayarannya 40ribu lebih untuk sehari), saya menemui pelbagai formula yang tidak pernah disedari. Rupa-rupanya kita hanya perlu "change our talks(pemikiran), action and spirit" untuk lebih sukses pada masa hadapan. Semuanya adalah free tanpa apa-apa bayaran yang Allah dah kurniakan kepada kita..Cuma, bagaimana sahaja caranya untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Manusia ini rupa-rupanya selama ini diselaputi oleh satu benda yang dinamakan "artificial borders" yang sememangnya tidak pernah wujud tetapi diada2kan sendiri oleh diri kita. Dalam masa yang sama, kita perlulah sentiasa "stay the course" ataupun istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam sesuatu hal, kita selalu ingin mempersalahkan orang lain dan persekitaran kita tanpa menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu. Rupa-rupanya terdapat 3faktor yang dilihat menjadi perkara pokok dalam sesuatu perkara iaitu "push(external person), pull(external environment) and personal". Terpulanglah kepada kita untuk memilih P1, P2 atau P3. Namun, mengakui kesalahan yang berpunca daripada diri sendiri adalah yang terbaik.


Berusahalah dalam sesuatu perkara dengan sehabis baik kerana kadang2 kita akan diuji.. Mungkin jika kita telah berusaha sehabis baik pun tapi, jika Allah tak mengizinkannya berlaku maka, ia takkan berlaku kerana GOOD LUCK BAD LUCK WHO KNOWS!
Plaing tidak sekurang-kurangnya kita berpuas hati terhadap apa yang kita telah lakukan.
wallahu'alam.

~Hanya sedikit perkongsian daripada Nor..
Continue Reading...
 

Hj Ismail family Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template