Monday, July 6, 2009

Seribu kenangan terus tersimpan..

Assalamualaikum wbt.
Inilah wajah orang yang telah banyak berjasa buat keluargaku. Mok Su Yah namanya. Beliau begitu lama berkhidmat sebagai pembantu ibuku sewaktu aku dan adik-beradikku kecil dulu. Kini beliau telah meninggalkan kita semua. Kenangan sewaktu dia menjagaku ketika kecil2 dulu terus segar di ingatan.

Mengimbau kembali detik terakhir melihat wajahnya. Aku yang baru pulang dari rumah arwah Tok Ayah sangat terkejut apabila Pak Su Lim datang dan memberitahu berita sedih ini. Kami sekeluarga terus bsergegas ke rumahnya. Sebujur tubuh yang kaku kulihat di depan mataku. Sukar untuk kupercaya ini adalah diri Mok Su.

Baru sahaja pagi tadi dia datang ke rumahku. Ketika tu aku terlalu kalut kerana perlu cepat untuk ke rumah Tok Ayah. Tak sempat untukku berbual panjang dengannya. Dirinya kelihatan sihat dan ceria. Dan beberapa hari sebelum tu, aku ternampak dia di tangga di hadapan rumahku. Aku memanggilnya ke rumah kerana sudah lama tak berbual dengannya. Aku ajak mok su makan sekali dan dia menerimanya walaupun sudah makan katanya. Sudah lama kami tidak makan bersama.

Begitulah ajal maut.. Mengundang walaupun tanpa apa-apa tanda. Sama-samalah kita bermuhasabah diri agar sentiasa bersadia menghadapi sakaratul maut. Ya Allah! Masukkanlah roh beliau di kalangan org2 yang soleh. Amin.

Ikhlas daripada,
~Nor~

5 comments:

afash89 on July 6, 2009 at 2:58 PM said...

salam...wpun diri ini x begitu rapat ngan moksu...tp pemergiannya juga turutku rasai..maso drku tepon umi n dio oyat pasal berito ni,xthu la,tbo2 jah air mata ini mengalir tanpa disedari..seolah2 terasa kehilangan seorang yg rapat. ingat lg jame kecik2 mulo,mso g tdo umah mama dan kt sanalah dr ini mengenali moksu..dio meme seorang yg baik,mesra dan seleso utk diajok berbual...dio selalu tegur kalu jupo kat umoh mama.. tp dia pergi mendahului kta semua..walau sedalam mne pon kasih sayang kita sesama manusia,tp kasih sayang ALLAH pd hamba2nya lebih drpd itu..smoga moksu digolongkan dikalangan hamba2nya yg terpilih...amin Ya Allah..

kuna on July 6, 2009 at 5:57 PM said...

Salam...hanya sedikit komentar dari su ah...ajal maut, jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukan segala..

Teringat juga su ah pada moksu yah, baru ni semasa su ah n ma menjaga arwah ayah di hospital usm (hari Selasa), moksu yah datang menziarah arwah ayah bersama poksu lim n mek dia..Dan pada malam Jumaat tatkala ayah baru menghembuskan nafasnya yang terakhir, dia juga datang melawat kami..itulah kali terakhir su ah berjumpa dengannya..

Siapa sangka ajalnya sudah sampai..sememangnya kita mesti bersedia...kerana Malaikat Izrail sentiasa menjenguk kita, dia akan patuh perintahNya..tidak akan lewat walau sesaat pun!!!YA ALLAH, HIDUPKANLAH DAN MATIKANLAH KAMI DALAM IMAN.....AMIN.

kuna on July 6, 2009 at 6:01 PM said...

afash89 on July 7, 2009 at 6:05 AM said...

amin YA ALLAH....

nur_islam on July 7, 2009 at 4:23 PM said...

Benar apa yang su ah katakan tu. Sama-samalah kita membuat persiapan menghadapi kematian.

Hj Ismail family Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template