Showing posts with label Ucapan. Show all posts
Showing posts with label Ucapan. Show all posts

Saturday, October 16, 2010

Sekalung TAHNIAH Abe Long!!

Gaya bakal seorang engineer

Assalamualaikum WBT.

Setinggi-tinggi Tahniah kami ucapkan buat seorang cucu Haji Ismail yang telah berjaya menamatkan pelajarannya baru-baru ini dalam ijazah Sarjana Muda Civil Engineering di Universiti Malaysia Pahang. Beliau adalah Khairul Idlan Mohamad,23 yang merupakan cucu kedua tertua keluarga Haji Ismail. Beliau adalah anak sulung Mohamad Bin Ismail, atau lebih dikenali sebagai Pak Long di kalangan ahli keluarga.

Beliau kini menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang Hydraulic and Hydrology di Universiti Teknologi Malaysia. Pada majlis konvokesyen baru-baru ini ahli keluarga turut hadir bagi meraikan kejayaan beliau di sana.

Abe Long di hari bersejarah beliau


Keluarga turut hadir meraikan kejayaannya. Mak long, Pak long dan si kembar yang cute..:)

Kami mengucapkan tahniah dan semoga abe long terus berjaya dengan cemerlang dalam bidang yang beliau ceburi. InshaAllah.

Continue Reading...

Tahniah, dua cucu ke luar negara.

Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana kita masih diberi kesempatan melihat dunia.
Mohon ampun maaf dari pihak admin atas blog yang sudah lama menyepi lantaran kesibukan kami yang masih lagi bergelar student.

UPDATE terkini daripada keluarga besar Hj Ismail..

Sebelum dan selepas bulan Syawal baru2 ini 2 orang cucu Haji Ismail telah berlepas ke luar negara untuk menyambung pelajaran. Mereka adalah Ahmad Syahin Bin Mohd Amin, 21, yang menyambung di peringkat degree dalam bidang Siasah Syar'iyyah di salah sebuah universiti Islam di Medan, Indonesia. Seterusnya, Muhammad Izzuddin Bin Mohd Amin, 18, pula telah menyambung pelajaran di Mesir bagi mengikuti pengajian peringkat degree dalam bidang perubatan. Beliau merupakan cucu kedua Haji Ismail yang melanjutkan pelajaran di sana yang mengikut jejak langkah Mohd Afif Bin Mohamad sebelum ini yang juga berada dalam bidang yang sama. Sekalung tahniah kami ucapkan buat kalian.:)


Ahmad Syahin kini di Indonesia



Muhammad Izzuddin(atas) kini berada di Mesir bersama Mohd Afif(bawah)

Semoga Allah mempermudahkan urusan kalian serta mengurniakan kejayaan buat semua anak cucu Haji Ismail yang masih menuntut. Apa yang penting keikhlasan dalam menuntut ilmu itu yang utama. Kejayaan dan hasil usaha kita hanyalah untuk kejayan Islam di masa akan datang. InshaAllah.. Takbir!
Continue Reading...

Monday, July 12, 2010

TAHNIAH buat 3 cucu Hj Ismail yang berjaya menyambung pelajaran

Assalamualaikum WBT.
Sedikit perkembangan ringkas cucu-cucu Haji Ismail.
Sekalung TAHNIAH buat tiga orang cucu yang berjaya menginjak kaki ke menara gading serta meneruskan cita-cita mereka.

Pertama:
Khairul Idlan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abe Long.
Baru sahaja selesai pengajian Sarjana Mudanya di Universiti Malaysia Pahang dalam bidang Kejuruteraan. Kini meneruskan pengajian Sarjana nya dalam bidang yang sama di UTM. Tahniah diucapkan! Beliau adalah cucu kedua tertua dalam keluarga Haji Ismail dan merupakan anak sulung Pak Long.

Abe Long, semoga boleh memberi motivasi buat adik2 dan
sepupu2 yg lain..

Kedua:
Salihah Binti Muhammad
atau lebih dikenali sebagai gelaran "kakak" di kalangan ahli keluarga. Merupakan anak ketiga Pak Long. Baru sahaja melanjutkan pelajaran sebagai student Tahun satu UIA, Kuantan dalam bidang Farmasi. Syabas diucapkan.

kakak yang comel dan lemah-lembut..

Ketiga:
Muhammad Izzuddin Bin Mohd Amin
. Lepasan SPM dan baru menjejak kaki ke menara gading sebagai pelajar asasi di USIM dalam bidang Pergigian. Berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Lebih selesa dengan gelaran "Din" di kalangan sepupu-sepapat. Merupakan anak keenam mama.

Izzuddin sewaktu hari pendaftaran di USIM.

Tahniah diucapkan buat semua. Semoga terus gigih dalam menuntut ilmu. Diharapkan segala ilmu yang diperolehi kalian akan disumbangkan untuk ummah kelak. InshaAllah=)

Continue Reading...

Sunday, May 16, 2010

SELAMAT HARI GURU buat yg bergelar guru!!


SELAMAT HARI GURU BUAT SELURUH ANAK BERANAK HAJI ISMAIL YANG BERGELAR GURU DAN BAKAL-BAKAL GURU..

Dedikasi Khas Buat:

PAK LONG

MAMA

CHE LA

CHE ZA

AYAH SIR

CHE YAH

SU AH

KIR

DAH


Hayati karya Usman Awang yang amat menyentuh jiwa..


BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



Selamat bertugas buat seluruh warga guru. Jasa kalian amat bernilai dan berharga dalam mendidik anak2 bangsa. Hanya Allah yang bisa membalas jasa2 kalian semua. Jazakumullah khairan jaza' (^.^)

p/s: Mesti semua cikgu kat atas ni dapat banyak hadiah kan sempena Hari Guru ni.. Hm.. Bestnye jd cikgu ni. Pihak admin juga mohon maaf ats blog yang agak sepi selama ni. Hehe.. Jom pakat2 memeriahkannya okay=) InshaAllah blog walking balik lepas ni.
Continue Reading...

Sunday, March 14, 2010

Alfu Mabruk!

Pihak admin Haji Ismail Family merakamkan sekalung tahniah buat salah seorang cucu Hj Ismail,


Muhammad Izzuddin bin Mohd Amin
Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah

yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sesi 2009 (8A 3B)..Semoga ia akan menjadi titik tolak untuk terus mencipta kecemerlangan di masa akan datang,InsyaAllah..Selamat melangkah ke medan universiti..Semoga terus gigih untuk menghadapi cabaran mendatang..


Continue Reading...

Tahniah Fikri..

Walaupun dah lama result PMR keluar, pihak admin Haji Ismail Family tidak ketinggalan untuk merakamkan ucapan tahniah buat salah seorang cucu Haji Ismail, saudara Fikri yang menuntut di Maahad Tahfiz Sains Bustanul Arifin, Tumpat kerana memperoleh keputusan cemerlang dlm PMR..Maaf terlambat..(Disebabkan kekangan masa utk update blog). Fikri adalah anak kedua Che La dan llebih selesa dengan gelaran Fik. Fik akan menyambung tingkatan 4 di Maahad Tahfiz Sains, Tanah Merah.

Tahniah Fik..7A PMR..
Continue Reading...

Monday, December 7, 2009

Tahniah cemerlang UPSR

Assalamualaikum wbt.

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan tahniah buat dua orang cucu Haji Ismail yang berjaya dalam UPSR baru-baru ni. Tahniah buat Faris(Ayeh) dan Ikhwan Hanif (Mat) di atas kecemerlangan masing-masing. Mudah-mudahan kecemerlangan ini dikekalkan serta terus berusaha dalam pelajaran masing-masing pada masa akan datang. InshaAllah.


~Tahniah buat Ayeh yang berjaya mendapat 5A~


~Tahniah juga buat Mat yang berjaya mendapat 4A~
............................................................

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat berjaya buat Muhammad Izzuddin Bin Mohd Amin, pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang sedang menghadapi SPM. Lakukanlah yang terbaik dan semoga anda akan turut sama menyumbangkan kejayaan untuk Islam kelak. Amin. Doa kami sentiasa mengiringimu.

chaiyok!!! chayok!! Din..
Buat molek deh..

Continue Reading...

Wednesday, November 4, 2009

::.Selamat Menjalani Ibadah Haji.::



Assalamualaikum wbt..

Pada tahun ni, Pak Long dan Mak Long berpeluang untuk menjalani kewajipan seorang muslim dengan mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Mereka telah pun bertolak semalam. Sama-samalah kita doakan keselamatan mereka dan mendapat haji yang mabrur, Amin. Semoga senantiasa di bawah rahmat Allah Ta'ala.

Pape pon, Selamat Menjalani Ibadah Haji..





Continue Reading...

::.Salam Imtihan.::

Assalamualaikum wbt..

Kepada anak cucu Haji Ismail yang sedang atau akan menghadapi peperiksaan, selamat berjaya diucapkan. Semoga kalian meraih kejayaan dengan cemerlang. Sama-sama kita doakan.

Bittaufiq wannajah!!



..TIPS EXAM DI SAAT2 AKHIR..

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Rabbi Yassir Wala Tuassir,Good Luck!
Continue Reading...
 

Hj Ismail family Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template