Assalamualaikum wbt..
Pada 27 November 2009, bersamaan 10 Zulhijjah 1431H, seluruh muslimin dan muslimat serata dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha. Begitu juga dengan keluarga Haji Ismail, Hari Raya disambut seperti biasa di rumah Allahyarham Haji Ismail. Majlis dimeriahkan dengan kepulangan anak cucu Haji Ismail yang berada di dalam atau di luar negeri Kelantan. Namun, raya kali ini kurang meriah berbanding pada tahun2 sebelumnya kerana ketiadaan Tok Ayah. Ketiadaannya masih lagi kami rasai. Tambahan pula, Pak Long dan Mak Long juga tiada kerana ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Ayah Sir dan keluarga pula menunaikan ibadah korban di kampung halaman Cik Yah di Tanah Merah. Jadi, di sini kami berbesar hati untuk meng'upload' beberapa foto untuk tatapan anak cucu Tok Ayah yang tidak berkesempatan untuk menyambut Hari Raya bersama-sama terutamanya kepada Abang Ngah yang sedang belajar di perantauan.Tuesday, December 1, 2009
HARI RAYA IDUL ADHA 2009
Author: haji ismail family
| Posted at: 8:59 PM |
Filed Under:
Koleksi Gambar
|

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam... terima kasih kpada pihak admin... terubat sedikit rindu di hati... hum,smoga kita dipanjangkan umur dan diberikan umur yang berkat... InsyaALLAH..
w'salam wbt..
sama2..
insyaAllah,semoga family Haji Ismail sentiasa di bawah lembayung rahmatNya,amin..
Post a Comment