Sunday, January 31, 2010

Tazkirah : Tuhan sembunyi hikmah ibadah sebagai Ujian

Oleh Yussamir Yusof (www.yussamir.com)
SUMBER : Berita Harian 24 November 2009

ALLAH tidak mensyariatkan sesuatu tanpa kebaikan dan manfaat kepada hamba-Nya, sebagaimana Dia tidak menciptakan sesuatu dengan main-main dan dengan cara yang batil. Firman Allah, "... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)

Namun di setiap kejadian dan ciptaannya tersembunyi pelbagai rahsia dan hikmah yang sukar untuk dilihat secara mata kasar dan akal logik. Hikmah di atas ciptaannya hanya dapat dilihat secara umum tanpa penjelasan secara terperinci.

Misalnya solat, manusia tidak akan mengetahui hikmah dan kebaikannya secara terperinci. Bermula dengan hukum solat, rukunnya dan sudah pasti setiap pergerakannya juga kita tidak akan dapat mengetahuinya dengan lebih lanjut. Malahan pelbagai persoalan dan pertanyaan yang akan timbul untuk memuaskan akal.

"Mengapa solat perlu lima kali sehari?" "Mengapa ada perbezaan rakaat untuk setiap jenis solat?" "Mengapa solat Subuh di awal pagi?"

Mengapa dan terus mengapa. Akal sentiasa mencari jawapan di atas perintah ibadat yang disyariatkan Allah. Namun semua jawapan yang diberi berdasarkan kefahaman akal, ia tidak akan memuaskan sampai bila-bila. Hikmah adalah rahsia Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.



Bagaimanapun, Allah menjelaskan hikmah itu secara umum di dalam al-Quran. Misalnya hikmah disyariatkan solat. Firman Allah "Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat yang lain)." (Al-Ankabut: 45)


Hikmah disyariatkan membayar zakat. Firman Allah: "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka." (At-Taubah: 103)


Timbul persoalan, mengapa Allah menyembunyikan hikmah di atas ibadah yang disyariatkan-Nya. Ulama menjelaskan bahawa hikmah ini disembunyikan sebagai satu cubaan kepada hamba-Nya. Allah mencuba hamba-Nya dengan ibadah yang manusia tidak mengetahui sedikitpun mengenai hikmah pensyariatannya. Dengan cubaan ini, terlihatlah siapa yang benar-benar mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasulullah, dan siapa pula yang derhaka dan menolaknya.


Andai kata hikmah ibadah tidak dirahsiakan dan akal dapat memahaminya dengan mudah, sudah pasti, manusia hanya akan beribadah kepada Allah jika sesuatu ibadah itu sesuai dengan rasional akalnya yang terbatas, dan akan mengingkari jika sesuatu ibadah itu tidak sesuai dengan akalnya. Dan ini akan membuatkan manusia menyembah akal bukannya Allah yang mencipta mereka.


Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya al-Ibadah fi al-Islam menyatakan: "Bukanlah menjadi keharusan bahawa ibadah yang disyariatkan itu perlu ada manfaat dalam kehidupan manusia dari segi material. Malahan bukan juga sesuatu yang mesti sesuatu ibadah itu boleh difahami akal yang terbatas. Ibadah adalah ujian bagi ketaatan manusia kepada Tuhannya. Jadi, jika akal dapat mengetahui rahsia ibadah secara terperinci, maka ia tidaklah dapat memberi manfaat dan makna kepada manusia terhadap konsep ibadah dan taat kepada Tuhan."


Cukuplah seseorang mukmin mengetahui hikmah ibadah itu secara umum, dan meyakini bahawa setiap ibadah itu adanya manfaat dan hikmah yang tersendiri. Allah tidak pernah memerlukan ibadah para hamba-Nya, tetapi Allah mencipta ibadah adalah semata-mata untuk kebaikan dan manfaat hamba-Nya.


Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertakwa umpama hati orang yang paling bertakwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku. Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang cacatkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku." (Hadis Imam Muslim)


Banyaknya rahsia alam semesta yang tidak mampu manusia khususnya saintis menemuinya, begitu banyak juga rahsia ibadah yang tidak terjangkau oleh akal. Hal ini sebenarnya membuatkan tumbuhnya rahsia rindu manusia kepada rahsia yang tersembunyi, dalam masa sama membuatkan manusia insaf dan sedar mengenai kelemahan dirinya sendiri.


Sudah ramai manusia tersesat kerana sengaja mencari rahsia hikmah dalam setiap perkara yang disyariatkan dalam ibadah. Apabila mereka tidak menemui rahsia itu kerana akal yang terbatas, mereka mula berasa ragu-ragu di atas kepercayaan yang ada dan kemudian menjadi sesat.


Al-Imam Ghazali dalam kitabnya Al-Munqidz min adh-Dhalal berkata, "Maka sesungguhnya suatu kebodohan sesiapa saja yang mencari hikmah yang ada di sana, atau orang yang mengatakan bahawa ibadah itu dilakukan secara kebetulan dan tidak ada rahsia Allah di dalamnya."


Oleh sebab itu, perbuatan mencari hikmah dalam ibadah dengan secara terperinci sehingga dapat memuaskan akal adalah perbuatan yang salah dan keliru. Berpuas hatilah dengan keterangan umum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran, kemudian sama-sama kita katakan, "Kami dengar dan kami taat."

Continue Reading...

Monday, December 7, 2009

Tahniah cemerlang UPSR

Assalamualaikum wbt.

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan tahniah buat dua orang cucu Haji Ismail yang berjaya dalam UPSR baru-baru ni. Tahniah buat Faris(Ayeh) dan Ikhwan Hanif (Mat) di atas kecemerlangan masing-masing. Mudah-mudahan kecemerlangan ini dikekalkan serta terus berusaha dalam pelajaran masing-masing pada masa akan datang. InshaAllah.


~Tahniah buat Ayeh yang berjaya mendapat 5A~


~Tahniah juga buat Mat yang berjaya mendapat 4A~
............................................................

Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat berjaya buat Muhammad Izzuddin Bin Mohd Amin, pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang sedang menghadapi SPM. Lakukanlah yang terbaik dan semoga anda akan turut sama menyumbangkan kejayaan untuk Islam kelak. Amin. Doa kami sentiasa mengiringimu.

chaiyok!!! chayok!! Din..
Buat molek deh..

Continue Reading...

Wacana Perdana di KTC

Assalamualaikum wbt.
Jemput ramai2 bagi sesiapa yang free pada 12 Disember 2009 untuk ke satu wacana ilmiah di Kota Bharu. Mudah-mudahan bermanfaat untuk menambah pengetahuan kita semua.
Continue Reading...

Tuesday, December 1, 2009

HARI RAYA IDUL ADHA 2009

Assalamualaikum wbt..

Pada 27 November 2009, bersamaan 10 Zulhijjah 1431H, seluruh muslimin dan muslimat serata dunia menyambut Hari Raya Aidil Adha. Begitu juga dengan keluarga Haji Ismail, Hari Raya disambut seperti biasa di rumah Allahyarham Haji Ismail. Majlis dimeriahkan dengan kepulangan anak cucu Haji Ismail yang berada di dalam atau di luar negeri Kelantan. Namun, raya kali ini kurang meriah berbanding pada tahun2 sebelumnya kerana ketiadaan Tok Ayah. Ketiadaannya masih lagi kami rasai. Tambahan pula, Pak Long dan Mak Long juga tiada kerana ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Ayah Sir dan keluarga pula menunaikan ibadah korban di kampung halaman Cik Yah di Tanah Merah. Jadi, di sini kami berbesar hati untuk meng'upload' beberapa foto untuk tatapan anak cucu Tok Ayah yang tidak berkesempatan untuk menyambut Hari Raya bersama-sama terutamanya kepada Abang Ngah yang sedang belajar di perantauan.


Lembu yang menjadi mangsa korban..(hehe)
"aku sedia dikorbankan kerana Allah.."

Para petugas...

Kanak2 yang setia menonton..(Peace!)

Sedang menyiat kulit lembu..

Proses2 penyembelihan dilakukan..

Kanak2 yang turut memeriahkan lagi..

Pak Cik dan Abe E

Berhari Raya di rumah Mama..pada hari raya kedua..

"Walaupun ketiadaan ibu ayah di sisi, saya tetap ceria..raya tetap raya!"


Izzah didampingi sepupu2nya..
Continue Reading...

Wednesday, November 4, 2009

::.Selamat Menjalani Ibadah Haji.::



Assalamualaikum wbt..

Pada tahun ni, Pak Long dan Mak Long berpeluang untuk menjalani kewajipan seorang muslim dengan mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci Mekah. Mereka telah pun bertolak semalam. Sama-samalah kita doakan keselamatan mereka dan mendapat haji yang mabrur, Amin. Semoga senantiasa di bawah rahmat Allah Ta'ala.

Pape pon, Selamat Menjalani Ibadah Haji..





Continue Reading...

::.Salam Imtihan.::

Assalamualaikum wbt..

Kepada anak cucu Haji Ismail yang sedang atau akan menghadapi peperiksaan, selamat berjaya diucapkan. Semoga kalian meraih kejayaan dengan cemerlang. Sama-sama kita doakan.

Bittaufiq wannajah!!



..TIPS EXAM DI SAAT2 AKHIR..

1. Semak bahagian yang sukar. Fahami dan kuasai topik tersebut. Buat latihan yang berkaitan dengan subjek tersebut dan semak jawapannya. Lihat dan fahami rangka jawapan yang diberi

2. Bagi topik yang mudah, bukanlah perlulah diabaikan. Tetapi, buat banyak latihan dengan pantas. Ini dapat menambahkan keyakinan pada hari peperiksaan itu nanti

3. Ulang kaji kembali nota-nota ringkas yang dibuat sebelum ini. Jangan baca nota yang panjang lebar. Ini dapat mengelakkan perasaan panik apabila melihat isi kandungan yang banyak yang perlu dibaca

4. Jangan terlalu bimbang atau resah. Teruskan mengulangkaji dengan kaedah yang betul. Selain mengulangkaji pelajaran, masa yang masih lagi ada itu, haruslah digunakan dengan sebaik-baiknya untuk menyiapkan diri dari segi fizikal,emosi, mental dan rohani.

Rabbi Yassir Wala Tuassir,Good Luck!
Continue Reading...

Sunday, October 18, 2009

Tahniah!!


Assalamualaikum wbt kepada semua warga Haji Ismail..

Alahmdulillah, pada hari Sabtu dan Ahad yang lepas, keluarga Mama telah ke Pulau Wan Man, Terengganu bagi menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Islam Sains dan Teknologi bagi meraikan Ahmad Syahin Bin Mohd Amin.

Sekalung TAHNIAH
diucapkan kepada In kerana telah menyempurnakan pengajiannya dalam bidang Pengajian Syariah di peringkat diploma..

Berikut merupakan gambar kenangan ketika kami di sana..




Yang diraikan..

Continue Reading...

Tuesday, October 6, 2009

JOM JOIN laman forum Haji Ismail Family..



Assalamualaikum semua..
Kami di pihak admin amat berbesar hati kerana telah wujudnya satu laman forum khas untuk family kita.. Tapi orang luar pun boleh join jugak. Kami harap anda semua dapat mengimarahkan forum tersebut di samping membincangkan isu-isu menarik dan berfaedah. Ok..
Kalau nak masuk, boleh klik kat sebelah tepi ni atau terus ke http://hjismailfamily.nice-forum.net/index.htm. Kehadiran anda amat dialu-alukan. Terima kasih.
Continue Reading...

GOOD LUCK FOR FIK!


Selamat Menghadapi PMR buat adik Fikri yang menuntut di Maahad Tahfiz Sains, Bustanul Arifin, Tumpat.. Kami seluruh keluarga mengucapkan bittaufiq wannajah fi hazal imtihan. InshaAllah. Semoga berjaya dengan cemerlang di dunia dan akhirat. Amin.
Continue Reading...

Saturday, October 3, 2009

Sehari bersama kak kartika..











nk berkongsi..
Semalam, 3 September 2009 nor telah berkesempatan pergi bertemu Kak Kartika di Perak sebagai photographer bersama pimpinan mahasiswa UM. Jelas terpancar cahaya keinsafan di wajahnya. Semoga Allah mengampuninya.

p/s: Tak banyak gambar nor.. Sbb nor yg amik gambar.
Continue Reading...
 

Hj Ismail family Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template