Saturday, October 16, 2010
Sekalung TAHNIAH Abe Long!!
Tahniah, dua cucu ke luar negara.
Tuesday, July 20, 2010
News!! Kelahiran Ku Nur 'Irdina..
Monday, July 12, 2010
TAHNIAH buat 3 cucu Hj Ismail yang berjaya menyambung pelajaran
Sedikit perkembangan ringkas cucu-cucu Haji Ismail.
Sekalung TAHNIAH buat tiga orang cucu yang berjaya menginjak kaki ke menara gading serta meneruskan cita-cita mereka.
Pertama:
Khairul Idlan Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abe Long.
Baru sahaja selesai pengajian Sarjana Mudanya di Universiti Malaysia Pahang dalam bidang Kejuruteraan. Kini meneruskan pengajian Sarjana nya dalam bidang yang sama di UTM. Tahniah diucapkan! Beliau adalah cucu kedua tertua dalam keluarga Haji Ismail dan merupakan anak sulung Pak Long.
sepupu2 yg lain..
Kedua:
Salihah Binti Muhammad atau lebih dikenali sebagai gelaran "kakak" di kalangan ahli keluarga. Merupakan anak ketiga Pak Long. Baru sahaja melanjutkan pelajaran sebagai student Tahun satu UIA, Kuantan dalam bidang Farmasi. Syabas diucapkan.
Muhammad Izzuddin Bin Mohd Amin. Lepasan SPM dan baru menjejak kaki ke menara gading sebagai pelajar asasi di USIM dalam bidang Pergigian. Berhasrat untuk melanjutkan pelajaran di Mesir. Lebih selesa dengan gelaran "Din" di kalangan sepupu-sepapat. Merupakan anak keenam mama.
Sunday, May 16, 2010
SELAMAT HARI GURU buat yg bergelar guru!!
Sunday, March 14, 2010
Alfu Mabruk!
yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sesi 2009 (8A 3B)..Semoga ia akan menjadi titik tolak untuk terus mencipta kecemerlangan di masa akan datang,InsyaAllah..Selamat melangkah ke medan universiti..Semoga terus gigih untuk menghadapi cabaran mendatang..
Tahniah Fikri..
Sunday, January 31, 2010
Tazkirah : Tuhan sembunyi hikmah ibadah sebagai Ujian
SUMBER : Berita Harian 24 November 2009
ALLAH tidak mensyariatkan sesuatu tanpa kebaikan dan manfaat kepada hamba-Nya, sebagaimana Dia tidak menciptakan sesuatu dengan main-main dan dengan cara yang batil. Firman Allah, "... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)
Namun di setiap kejadian dan ciptaannya tersembunyi pelbagai rahsia dan hikmah yang sukar untuk dilihat secara mata kasar dan akal logik. Hikmah di atas ciptaannya hanya dapat dilihat secara umum tanpa penjelasan secara terperinci.
Misalnya solat, manusia tidak akan mengetahui hikmah dan kebaikannya secara terperinci. Bermula dengan hukum solat, rukunnya dan sudah pasti setiap pergerakannya juga kita tidak akan dapat mengetahuinya dengan lebih lanjut. Malahan pelbagai persoalan dan pertanyaan yang akan timbul untuk memuaskan akal.
"Mengapa solat perlu lima kali sehari?" "Mengapa ada perbezaan rakaat untuk setiap jenis solat?" "Mengapa solat Subuh di awal pagi?"
Mengapa dan terus mengapa. Akal sentiasa mencari jawapan di atas perintah ibadat yang disyariatkan Allah. Namun semua jawapan yang diberi berdasarkan kefahaman akal, ia tidak akan memuaskan sampai bila-bila. Hikmah adalah rahsia Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui.
Bagaimanapun, Allah menjelaskan hikmah itu secara umum di dalam al-Quran. Misalnya hikmah disyariatkan solat. Firman Allah "Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadat yang lain)." (Al-Ankabut: 45)
Hikmah disyariatkan membayar zakat. Firman Allah: "Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka." (At-Taubah: 103)
Timbul persoalan, mengapa Allah menyembunyikan hikmah di atas ibadah yang disyariatkan-Nya. Ulama menjelaskan bahawa hikmah ini disembunyikan sebagai satu cubaan kepada hamba-Nya. Allah mencuba hamba-Nya dengan ibadah yang manusia tidak mengetahui sedikitpun mengenai hikmah pensyariatannya. Dengan cubaan ini, terlihatlah siapa yang benar-benar mengikuti perintah Allah dan ajaran Rasulullah, dan siapa pula yang derhaka dan menolaknya.
Andai kata hikmah ibadah tidak dirahsiakan dan akal dapat memahaminya dengan mudah, sudah pasti, manusia hanya akan beribadah kepada Allah jika sesuatu ibadah itu sesuai dengan rasional akalnya yang terbatas, dan akan mengingkari jika sesuatu ibadah itu tidak sesuai dengan akalnya. Dan ini akan membuatkan manusia menyembah akal bukannya Allah yang mencipta mereka.
Yusuf al-Qardhawi dalam bukunya al-Ibadah fi al-Islam menyatakan: "Bukanlah menjadi keharusan bahawa ibadah yang disyariatkan itu perlu ada manfaat dalam kehidupan manusia dari segi material. Malahan bukan juga sesuatu yang mesti sesuatu ibadah itu boleh difahami akal yang terbatas. Ibadah adalah ujian bagi ketaatan manusia kepada Tuhannya. Jadi, jika akal dapat mengetahui rahsia ibadah secara terperinci, maka ia tidaklah dapat memberi manfaat dan makna kepada manusia terhadap konsep ibadah dan taat kepada Tuhan."
Cukuplah seseorang mukmin mengetahui hikmah ibadah itu secara umum, dan meyakini bahawa setiap ibadah itu adanya manfaat dan hikmah yang tersendiri. Allah tidak pernah memerlukan ibadah para hamba-Nya, tetapi Allah mencipta ibadah adalah semata-mata untuk kebaikan dan manfaat hamba-Nya.
Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati bertakwa umpama hati orang yang paling bertakwa di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak menambahkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku. Wahai hamba-Ku! Sekiranya orang yang terdahulu dan terkemudian dari kamu, manusia dan jin di kalangan kamu, sekiranya mereka semua mempunyai hati jahat umpama hati orang yang paling jahat di kalangan kamu, nescaya hal itu tidak mengurang cacatkan apa-apapun dalam kerajaan-Ku." (Hadis Imam Muslim)
Banyaknya rahsia alam semesta yang tidak mampu manusia khususnya saintis menemuinya, begitu banyak juga rahsia ibadah yang tidak terjangkau oleh akal. Hal ini sebenarnya membuatkan tumbuhnya rahsia rindu manusia kepada rahsia yang tersembunyi, dalam masa sama membuatkan manusia insaf dan sedar mengenai kelemahan dirinya sendiri.
Sudah ramai manusia tersesat kerana sengaja mencari rahsia hikmah dalam setiap perkara yang disyariatkan dalam ibadah. Apabila mereka tidak menemui rahsia itu kerana akal yang terbatas, mereka mula berasa ragu-ragu di atas kepercayaan yang ada dan kemudian menjadi sesat.
Al-Imam Ghazali dalam kitabnya Al-Munqidz min adh-Dhalal berkata, "Maka sesungguhnya suatu kebodohan sesiapa saja yang mencari hikmah yang ada di sana, atau orang yang mengatakan bahawa ibadah itu dilakukan secara kebetulan dan tidak ada rahsia Allah di dalamnya."
Oleh sebab itu, perbuatan mencari hikmah dalam ibadah dengan secara terperinci sehingga dapat memuaskan akal adalah perbuatan yang salah dan keliru. Berpuas hatilah dengan keterangan umum yang dinyatakan oleh Allah dalam al-Quran, kemudian sama-sama kita katakan, "Kami dengar dan kami taat."
Monday, December 7, 2009
Tahniah cemerlang UPSR
Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan tahniah buat dua orang cucu Haji Ismail yang berjaya dalam UPSR baru-baru ni. Tahniah buat Faris(Ayeh) dan Ikhwan Hanif (Mat) di atas kecemerlangan masing-masing. Mudah-mudahan kecemerlangan ini dikekalkan serta terus berusaha dalam pelajaran masing-masing pada masa akan datang. InshaAllah.
............................................................
Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan selamat berjaya buat Muhammad Izzuddin Bin Mohd Amin, pelajar Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah yang sedang menghadapi SPM. Lakukanlah yang terbaik dan semoga anda akan turut sama menyumbangkan kejayaan untuk Islam kelak. Amin. Doa kami sentiasa mengiringimu.
chaiyok!!! chayok!! Din..
Buat molek deh..
Wacana Perdana di KTC
Jemput ramai2 bagi sesiapa yang free pada 12 Disember 2009 untuk ke satu wacana ilmiah di Kota Bharu. Mudah-mudahan bermanfaat untuk menambah pengetahuan kita semua.