Monday, August 31, 2009

Merdeka Bukan Hanya Sekadar Laungan

Alhamdulillah Allah Swt kurniakan kepada kita kemerdekaan yang ke-52 yang kita telah sambut pada tahun ini. Inilah nikmat yang besar yang Allah kurniakan kepada kita. Dalam kondisi kemerdekaan yang dirayai pada bulan Ramadhan ini juga merupakan peluang yang besar untuk kita memohon kepada Allah swt agar memberikan kepada kita kekuatan untuk terus-menerus berada dalam kemerdekaan.

Sebagai ummat Islam yang dikurniakan kemerdekaan ini perlulah bersyukur dengan sebanyak mungkin, berapa banyak kita lihat huru-hara yang terjadi sejak kebelakangan ini. Banyak nagara ummat Islam masih lagi dijajah oleh musuh- musuh Islam, serangan demi serangan yang berlaku. Kebelakangan ini dengan isu perniaagaan organ badan para syuhada Palestin, pergolakan dan pembunuhan yang berlaku di Selatan Thai, penindasan terhadap penduduk menoriti Islam di Xijiang baru-baru ini merupakan iktibar kepada kita yang berada dalam keadaan aman.

Asal perkataan merdeka ialah Merdeheka iaitu bebas daripada penjajah, kurungan, naungan dan lain-lain. Tetapi untuk merapatkan kita dengan Islam, saya petik apa yang disebut oleh Rib’i bin Amir, ketika dia berdiri di hadapan singgahsana Parsi dia menyebut :

“Allah telah mendatangkan kami, untuk mengeluarkan sesiapa yang Dia kehendaki, dari perhambaan sesama manusia kepada perhambaan kepada TUHAN Manusia, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam,”

Pada saya inilah ta'rif yang paling tepat mengenai kemerdekaan untuk kita sebagai muslim. Saya rasa sekiranya kita memahami erti kemerdekaan sebagaimana yang ditakrifkan oleh Radi' Bin Amir dan mengaplikasikan dalam kehidupan kita tentu kita tidak di hinggap oleh unsur-unsur yang negatif yang merosakkan kita, menyesatkan kita, menyekat kebebasan kita dan sebagainya.

Kemerdekaan bukan sekadar dapat memerintah sahaja, sebagaimana yang difahami oleh sesetengah pihak bahkan ia lebih umum iaitu mengabdikan keseluruhan aktiviti hidupan hanya kepada Allah Swt. Contoh pelopor kemerdekaan yang sebenar bukanlah Tunku Abd Rahman yang di gelar bapa kemerdekaan, Bukan Jose Protasio Rizal di Filipina, bukan Sukarno di Indonesia , bukan Mahatma Ghandi di India.

Ini kerana kemerdekaan yang dibawa oleh mereka kepada masyarakat hanya dari sudut-sudut tertentu sahaja. Pelopor sebenar kemerdekaan secara menyeluruh ialah Nabi Muhammad Saw yang memperjuangkan kemerdekaan bagi manusia, tidak terhad kepada bangsanya sahaja malah meliputi semua bangsa lain. Beliau juga telah mewujudkan masyarakat yang benar-benar merdeka dari semua sudut .

Pada mulanya beliau pernah ditawarkan dengan keamanan oleh Tan Sri Abu Jahal dengan tawaran tertentu, untuk memberikan kemerdekaan kepada Nabi, tetapi Nabi Saw menolak. Nabi Saw mempunyai prinsip wahyu yang tersendiri untuk memerdekakan ummat dari aspek material dan spiritual sebagaimana yang dikehendaki oleh agama.

Oleh itu kemerdekaan perlulah dengan kedua-dua aspek tadi. Sekiranya merdeka hanya dari sudut material, akan runtuh hancur apabila ditelan zaman, apabila digabungkan dengan dua unsur ini InsyAllah kemerdekaan akan terus kita kecapi. Inilah kemerdekaan yang sebenar yang dituntut oleh Islam dan yang boleh dikatakan sebagai merdeka.

Kemerdekaan dalam Islam ialah meletakkan agama di tempat yang tertinggi mengatasi sebarang agama dan ideologi yang lain selain daripada Islam. Allah berfirman bermaksud :

Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci
( Surah Al-Saff ayat : 9 )

Ini diperkukuhkan dengan sabda Rasululllah Saw :

Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya.
( Riwayat Baihaqi ) no. 11935 .

Inilah yang disebut sebagai merdeka. Kalaulah hanya merdeka dengan menukar pemerintah dan tidak menukar ideologi seperti memakai sistem pemerintahan sekular, nasionalis, mengguna konsep demokrasi sebulat-bulatnya ia belum merdeka lagi. Ini kerana merdeka ialah merdeka keseluruhan sistem hidup dengan jalan yang Allah redha. kalau sekadar menukar mat salleh dengan melayu dengan dasar yang sama tidak ada apa-apa perbezaan pun. Bahkan boleh dikatakan sebagai '' Penjajah kulit hitam tetapi berotak putih ".

Apakah penjajahan yang paling besar??

Penjajahan yang paling besar ialah penjajahan akidah dan minda. Negara kita sudah kali ke-52 merdeka, namun anasir-anasir penjajahan masih pekat di dalam masyarakat. Agama rasmi negara kita ialah Islam, tapi kita tidak memperaktikkannya dalam perundangan secara menyeluruh.

Kita masih mengambil produk-produk barat, menggunakan sistem ekonomi barat, menggunakan sistem riba, mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat. Masih ada unsur perpecahan dan sebagainya .

Kenapa terjadi sebegini?? ini kerana kita dijajah dari dalam, iaitu dari minda yang menyebabkan menteliti kita berubah. Sekiranya penjajahan berlaku dari luaran ramai yang mempunyai mata dapat melihat. Tetapi disebabkan penjajahan yang dilakukan dari dalam ini lah hanya mereka yang mempunayi ilmu dan kesedaran sahaja yang mampu untuk menentangnya.

Ungkapan medeka!! merdeka !! saya merdeka ' tapi pakainya pakaian penjajah, hidupnya hidup penjajah. Dan sememangnya penjajah itu masih ada dan terus berjalan dalam kehidupan kita, keluarga kita dan masyarakat kita.

Agenda Rasulullah membawa Islam sampai dihalau, dihalang, disekat, dikecam dan sebagainya, ialah bertujuan untuk membebaskan masyarakat yang jahiliyyah yang memperhambakan diri kepada selain Allah, pada masa yang sama Nabi kita ialah orang Arab dan penjajahan pun dilakukan oleh orang Arab. Jahiliyyah yang ditakrifkan oleh para ulama iaitu " masyarakat yang telah hilang dari mereka kemanusian manusia " dan mereka inilah yang saling bertukar ganti zaman ke zaman.

Jelasla penjajahan yang paling besar ialah penjajahan ideologi. Oleh demikian sekiranya takbir kemerdekaan telah lama kita laungkan, nyayian kemerdekaan telah lama kita hafal dan bendera Malaysia telah lama kita kibar. Satu perkara lagi yang perlu kita buat ialah, sebagaimana datuk nenek kita telah menghalau penjajah British, Jepun, Belanda, Bintang tiga, portugis dan lainya, kita perlu mengambil semangat ini untuk kita terus menyambung tradisi datuk nenek kita menentang semua sekali penjajahan yang masih berlaku bahkan lebih teruk pada hari ini.

Penulis: Ahmad Syahin Mohd Amin

Continue Reading...

Thursday, August 27, 2009

Ramadhan bulan istimewa

Assalamualaikum wbt.

Kini Ramadhan menjelma lagi. Seluruh umat Islam dengan keazaman dan semangat yang baru terus berlumba-lumba dalam mengerjakan amal ibadah yang sememangnya dijanjikan pahala yang berlipat ganda. Apabila memasuki sahaja bulan yang mulia ini, sebagaimana kata Zakir, kita seolah-olah berada di dalam sebuah gedung membeli-belah yang menjanjikan pelbagai jualan murah dan potongan harga yang pasti memikat hati sesiapa sahaja. Begitulah madrasah Ramadhan, kita semestinya akan terpikat dengan pelbagai macam agenda dan anugerah yang telah dijanjikan Allah berlipat ganda nilaiannya kepada kita yang tidak terdapat pada bulan-bulan lain.

Contoh yang paling jelas adalah hanya pada bulan inilah adanya malam Lailatulqadar.Lailatulqadar adalah satu malam yang luar biasa. Allah berfirman yang bermaksud:

" Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam lailatulqadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turunlah malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar."(al-Qadar ayat 1-5)

Allah telah menurunkan al-Quran sepenuhnya dari Lauh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia pada malam Lailatulqadar sebelum diturunkan kepada Nabi secara berperingkat-peringkat. Malam al-Qadar adalah malam yang sangat istimewa yang tidak ada pada bulan-bulan lain. Kelebihannya adalah beribadah pada malam ini adalah lebih baik daripada beribadah selama seribu bulan. Firman Allah yang bermaksud: "Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan"(Surah al-Qadar, ayt 3).

Imam At-Tabari dalam Tafsir at-Tabari berkata, "Pendapat yang paling tepat ialah pendapat yang mengatakan ‘lebih baik dari seribu bulan' bermaksud ‘beramal pada malam al-Qadar sama pahalanya dengan beramal dalam seribu bulan yang tiada dalamnya malam al-Qadar (iaitu beramal dalam bulan-bulan selain Ramadan)'."

Justeru, sewajarnyalah kita sebagai umat Islam mengejar anugerah yang bernilai ini yang datang daripada Tuhan Pencipta kita. Sesungguhnya inilah anugerah yang sangat istimewa daripada Tuhan kepada hamba-hambanya. Cuba bayangkan, siapakah yang sanggup memberi bonus 83 tahun kepada pekerjanya yang bekerja hanya pada satu malam? Sudah tentu tiada. Namun Allah sanggup memberi pahala 1000 bulan kepada mereka yang beramal pada satu malam iaitu malam al-Qadar. 1000 bulan menyamai 83 tahun. Anugerah Allah ialah ganjaran pahala dan kemuncaknya syurga atau jannah dan ia merupakan anugerah yang kekal abadi.

Dalam sebuah hadis qudsi Allah berfirman yang bermaksud: "Aku (Allah) telah sediakan bagi hamba-Ku yang salih (nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengari oleh telinga dan tidak pernah dirasai oleh hati manusia." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam melakukan amal ibadah pula, kita perlulah melaksanakannya dengan betul dan hati yang ikhlas secara bersungguh-sungguh. Janganlah disebabkan terlalu bersemangat untuk beramal ibadah maka, kita sangat mudah untuk menerima segala hadis-hadis palsu tentang fadhilat bulan Ramadhan yang tersebar luas dalam masyarakat kita. Belajarlah untuk meneliti dan mengkaji sesuatu sebelum menerimanya untuk diamalkan.

Allah berfirman yang bermaksud: "Bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah di samping melakukan kebaikan baginya ganjaran dari sisi Tuhannya, tidak ada ketakutan ke atasnya dan dia tidak akan berdukacita." (Surah Baqarah ayat 112)

Berhubung dengan ayat ini, Imam Ibn Kathir berkata dalam Tafsirul Quranil Azim, "(Ayat ini) menjelaskan, Allah hanya menerima amal yang mempunyai dua kriteria, pertamanya ikhlas dan keduanya muhsin. Muhsin bermaksud melakukan sesuatu sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah. Jika sesuatu amal dilakukan dengan tulus ikhlas tetapi caranya tidak mengikut (syariat), ia tidak diterima (oleh Allah)."

Begitulah Ramadhan yang penuh dengan rahmat dan keistimewaan yang tersendiri selain daripada berpuasa pada siang harinya. Sesungguhnya matlamat puasa itu sendiri adalah untuk membina takwa. Untuk tujuan itu puasa perlu dilakukan dengan cara serta adab yang betul. Apabila kesemua ini dilakukan dengan sempurna, seseorang bukan sahaja akan memperoleh takwa, malah lebih dari itu dia juga akan memperoleh segala kebaikan yang lain.

Mudah-mudahan kita semua akan mengejar pahala yang melimpah ruah di bulan yang mulia ini. Selamat berpuasa buat seluruh muslimin dan muslimat terutamanya warga Haji Ismail family sekalian. Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan berjaya menyuntik semangat yang tinggi dalam diri kita untuk memperbanyakkan amal ibadat dan kebajikan dan semoga ianya berkekalan hingga ke akhir hayat kita. InsyaAllah.

Sumber: Artikel Dr Danial Zainal Abidin

Continue Reading...

Sunday, August 23, 2009

Ahlan ya Ramadhan..


Selamat Berpuasa buat seluruh muslimin muslimat terutamanya seluruh warga Haji Ismail Family..
Mudah-mudahan Ramadhan kali ini akan berjaya meniup semangat dalam diri kita semua untuk terus berlumba-lumba dalam mengejar pahala yang telah dijanjikan berlipat ganda nilaiannya.
Sama-samalah kita memperbanyakkan amal soleh serta melakukan kebajikan di bulan yang mulia ini dan semoga ia akan berterusan hingga ke akhir hayat kita.
Wassalam.
Continue Reading...

Thursday, August 13, 2009

Kehilangan Ustaz Asri..




Assalamualaikum Wbt.
Pada Khamis 13 Ogos 2009 lalu, kita telah kehilangan seorang penggiat seni berunsur dakwah iaitu Ustaz asri Ibrahim, ketua kumpulan nasyid Rabani yang dikatakan rebah sewaktu sidang akhbar Rancangan Syuhada di Angkasapuri RTM dan kemudian dibawa ke Pantai Medical Centre sebelum disahkan meninggal dunia.

Beliau begitu berjasa dalam sumbangan dakwah melalui kesenian di negara kita.
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas roh beliau.
Sama-samalah kita doakan kesejahteraannya agar ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Amin..

~Begitulah ajal yang menjemput tanpa mengira usia..Renungkanlah~
Continue Reading...

Monday, August 10, 2009

Satu Perkongsian..


Bismillahirrohmanirrohim..
Hidup ini ibarat roda. Sekejap di atas, di bawah dan di atas semula.
Setiap manusia mencari erti makna hidup yang sebenar. Ada yang mengejar kejayaan, kekayaan, harta dan pangkat tanpa mereka sedar atas tujuan apakah mereka ingin menggapai itu semua??

Saya teringat akan pengalaman seorang pengasas ESQ 165, Ary Ginanjar Agustian ada mengatakan bahawa sewaktu di bangku sekolah beliau adalah pelajar yang cemerlang namun, seringkali timbul satu persoalan yang menyerabutkan fikirannya iaitu untuk tujuan apakah beliau hidup dan belajar?? Kenapakah beliau mengaji Al-Quran?? Semua terus bermain di fikirannya. Perkara tersebut berlarutan hinggalah beliau menjadi seorang businessman yang berjaya. Namun, persoalan tersebut tetap tidak dapat dirungkai. Sehinggalah beliau cuba memikir..memerhati dan mengkaji hingga terhasillah formula yang berjaya menyuntik semangat ribuan manusia ini iaitu ESQ 165 yang menggabungkan kesemua asas pucuk pangkal agama Islam itu sendiri iaitu ihsan, iman dan Islam.. Ketenangan ditemui dan kehidupan lebih tersusun menuju matlamat yang satu.. iaitu menggapai redha ILLahi.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dalam kehidupan sudah tentu setiap insan mengharapkan kejayaan demi kejayaan. Namun, mereka tidak mengetahui akan potensi diri mereka yang sebenar. Dalam satu slot motivasi bersama Anas Zubedy(motivator termahal pernah saya temui, bayarannya 40ribu lebih untuk sehari), saya menemui pelbagai formula yang tidak pernah disedari. Rupa-rupanya kita hanya perlu "change our talks(pemikiran), action and spirit" untuk lebih sukses pada masa hadapan. Semuanya adalah free tanpa apa-apa bayaran yang Allah dah kurniakan kepada kita..Cuma, bagaimana sahaja caranya untuk kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Manusia ini rupa-rupanya selama ini diselaputi oleh satu benda yang dinamakan "artificial borders" yang sememangnya tidak pernah wujud tetapi diada2kan sendiri oleh diri kita. Dalam masa yang sama, kita perlulah sentiasa "stay the course" ataupun istiqamah dalam melakukan sesuatu perkara. Dalam sesuatu hal, kita selalu ingin mempersalahkan orang lain dan persekitaran kita tanpa menyalahkan diri sendiri terlebih dahulu. Rupa-rupanya terdapat 3faktor yang dilihat menjadi perkara pokok dalam sesuatu perkara iaitu "push(external person), pull(external environment) and personal". Terpulanglah kepada kita untuk memilih P1, P2 atau P3. Namun, mengakui kesalahan yang berpunca daripada diri sendiri adalah yang terbaik.


Berusahalah dalam sesuatu perkara dengan sehabis baik kerana kadang2 kita akan diuji.. Mungkin jika kita telah berusaha sehabis baik pun tapi, jika Allah tak mengizinkannya berlaku maka, ia takkan berlaku kerana GOOD LUCK BAD LUCK WHO KNOWS!
Plaing tidak sekurang-kurangnya kita berpuas hati terhadap apa yang kita telah lakukan.
wallahu'alam.

~Hanya sedikit perkongsian daripada Nor..
Continue Reading...

Saturday, August 8, 2009

Kepentingan Kepimpinan Dan Dakwah Mahasiswa

Oleh:
Ahmad Zakir bin Mohd Amin
YDP JPP IPGM Kampus Sultan Abdul Halim,
Sungai Petani, Kedah.



Mahasiswa - merupakan golongan pelajar peringkat tinggi yang menuntut di mana2 Institusi Pengajian Tinggi Tempatan mahupun swasta ataupun di luar negara dalam pelbagai ilmu.

Kepimpinan - sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.

Dakwah - Bahasa ~ Seruan kepada sesuatu iaitu galakkan melakuakn sesuatu.

Istilah ~ Dakwah ilaLlah, seruan supaay beriman kepada Allah s.w.t.


Risalah - Kita membawa Islam bukan untuk diri sendiri sahaja, malah memanfaatkan orang lain. Bukan sekadar Muslim biasa...!

As-Syahid Syed Qutb ketika menyatakan bahawa kita akan merasa sempit seandainya kita mengatakan bahawa perjuangan ini kitalah yang memulakan dan mengakhirkannya.

Tetapi kita tidak akan merasa sempit apabila kita yakin dan percaya bahawa kita adalah penerus kepada satu-satu perjuangan.




Bekalan buat perjalanan yang jauh..

~ cita2 yang tinggi

~ keazaman yang berpanjangan

~ persiapan mental

~persiapan rohani



Inilah saya, anda siapa?

Saya adalah seorang pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekelian alam, tiada yang mempersekutuiNya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya adalah seorang yang menyerahkan diri.

INILAH SAYA, ANDA PULA SIAPA?


Hadis Nabi yang bermaksud :

“ Hampir-hampir kamu akan dibaham umat selain kamu seumpama meratah makanan di dalam hidangan.Bangun sahabat bertanya : “ adakah bilangan kami ini sedikit wahai Rasulullah?” Jawab Baginda s.a.w, “ Bahkan bilangan kamu ramai tetapi kamu umpama buih yang dibawa arus, Allah menarik rasa gerun musuh terhadap kamu lalu mencampakkan dalam hati kamu penyakit al-wahnu’. Sahabat bertanya: “Apakah penyakit al-wahnu?”.Jawab Nabi s.a.w: “Cinta dunia dan takutkan mati …”.


Kenapa Anda (Pemuda Muslim) ?

  1. Pemuda harapan umat
  2. Pemuda agen perubahan
  3. Pemuda merupakan 7 golongan yang mendapat naungan Allah.
  4. Pemuda fokus isme & ideologi dunia.
  5. Pemuda Hari Ini Pemimpin Hari Esok


Siapakah Kita ?

¡ Great people talk about ideas.

¡ Average people talk about events.

¡ Small people talk about other people.



Continue Reading...
 

Hj Ismail family Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template